Jualan Mei untuk Proton meningkat

oleh HEZERI SAMSURI|
Merdeka Bonanza

 

Promosi harga terbaik untuk model Saga nampaknya membantu Proton untuk mencapai jualan sebanyak 4,091 unit bagi bulan Mei lalu.

Ini ialah kenaikan sebanyak 2.3 peratus berbanding dengan jualan April, iaitu sebanyak 3,999 unit.

Model popular untuk Proton kekal Saga dan Persona, menguasai 70 peratus dari jumlah jualan jenama itu dalam sebulan.

Tawaran Saga Raya yang dianjurkan menjadikan harga Proton Saga berada di bawah paras RM30,000, terendah dalam tempoh 10 tahun.

Proton juga mengunjurkan penjimatan lebih dari enam peratus untuk model Persona, Iriz dan Ertiga. Ini termasuk penjimatan sehingga RM4,000 untuk Iriz dan Ertiga dan sehingga RM3,000 untuk Persona. 

Penjimatan di atas ialah tambahan kepada penjimatan kerana GST sifar.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Untuk cabaran Proton WOW ini, seramai 2,181 pemandu Grab telah direkrut sejak 10 Julai sehingga 29…
Berita Domestik
Cabaran begitu sukar walaupun para profesional industri mengalami kesukaran untuk memandu secara…
Berita Domestik
  Menurut Dato' Sri Tee Boon Kee, Pengarah Vantage Speed, sebagai pengedar yang telah lama…