Jualan bulan Jun 2018 - peningkatan mendadak memang dijangka

oleh HEZERI SAMSURI|
Rekod penjualan kenderaan untuk bulan Jun 2018 menyaksikan peningkatan mendadak akibat musim "bebas cukai GST" yang diumumkan Mei lalu.

Ini ditambah dengan diskaun promosi Hari Raya yang dilanjutkan oleh kesemua jenama kenderaan, menyebabkan jualan kenderaan naik 50 peratus dari 42,983 unit dalam bulan Mei kepada 64,502 unit kenderaan baharu terdaftar dalam bulan Jun.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menurut laporan laman web Paul Tan, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata ia adalah kali pertama jualan kenderaan negara meningkat melebihi 60,000 unit sebulan.

Antara yang menarik menurut Paul Tan ialah peningkatan jualan Toyota sebanyak 466 peratus dan Volkswagen sebanyak 677 peratus.

Mazda pula menyaksikan peningkatan 145.8 peratus, Mitsubishi sebanyak 380.6 peratus, Subaru kepada 436.8 peratus dan Hyundai sebanyak 258.7 peratus.

 

 

Jenama premium lazim seperti Mercedes-Benz turut menikmati habuan GST sifar bila penjualan mereka meningkat 141.2 peratus dan BMW pula kepada 155.6 peratus.

Porsche naik 477.8 peratus, Audi 483.3 peratus dan Volvo 625.9 peratus. 

Lexus menunjukan peningkatan yang sangat ketara - 3,166.7 peratus kerana ia hanya menjual enam unit dalam bulan Mei dan meningkat hampir 200 unit dalam bulan Jun.

Sebenarnya, bulan Mei melihat penurunan jualan kenderaan yang sangat ketara kerana pilihanraya. Oleh kerana itu, peratus peningkatan nampak begitu memberangsangkan walaupun sebenarnya pendahulu carta masih lagi jenama-jenama lazim.

 

 

Honda masih mendahului segmen jenama bukan nasional walaupun peratusan peningkatan hanya 41.9 peratus. Toyota menjual lebih banyak kenderaan dari Honda untuk bulan Jun tetapi ia masih jauh ketinggalan dari segi jumlah jualan keseluruhan (31,709 unit berbanding 51.354 unit yang terjual oleh Honda dari Januari hingga Jun 2018).

Perodua nampaknya menjadi satu-satunya jenama yang tidak menunjukan peratusan peningkatan. Jumlah jualan jenama itu susut -10.8 peratus. 

Perodua walaubagaimanapun masih mencatat jualan tertinggi untuk bulan Jun 2018, dengan 19,611 unit terjual berbanding dengan Proton yang menjual sebanyak 6,173 unit.

 

 

Setakat ini, banyak stok untuk pelbagai model kereta sudah habis terjual dan tempahan untuk harga sifar GST sudah ditutup.

Hanya Mazda yang mengumumkan ia akan menyerap harga SST sekiranya kenderaan ditempah sehingga 1 September. 

Careta juga mendapat informasi ada jenama kenderaan lain yang mungkin akan mengikut langkah Mazda atau sekurang-kurangnya memberikan subsidi SST bagi kenderaan yang ditempah dalam tempoh GST sifar ini.

 

 

Tempahan nombor plet kenderaan juga mengalami kelalutan kerana ramai yang mahu mendaftar kenderaan. Pihak bank juga menerima permohonan yang meningkat dan memerlukan lebih masa untuk kelulusan pinjaman.

Untuk yang berminat dengan kenderaan terpakai, pilihan kenderaan semakin bertambah dan ini memang masa terbaik untuk mencari kenderaan yang sesuai.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan pasaran EV yang berkembang pesat, pembuat EV dari Amerika Syarikat itu kini menghadapi…
Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pembukaan pusat 3S baharu ini menjadikan jaringan pengedar Mitsubishi Motors bertambah kepada 59…