JPN TAXI sambut kehadiran atlit seluruh dunia ke Jepun Olympic Games 2020

oleh Mohamad Hanif|
Jepun bakal menjadi tuan rumah kepada penganjuran sukan terbesar di dunia Olympic Games pada tahun 2020 kira-kira dua tahun dari sekarang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Justeru itu, Jepun mempersiapkan diri bagi menyambut para tetamu dan atlit terkemuka dari seluruh dunia dengan pengenalan model teksi terbaharu yang digelar JPN TAXI oleh Toyota. 


JPN TAXI membuat kemunculan sulung pada Oktober 2017 dan sejak daripada itu lebih 4,000 unit kenderaan pengangkutan awam itu telah didaftarkan sehingga hujung bulan Mac yang lalu. 

Dengan reka bentuk yang berbeza berbanding teksi konvensional sedan empat pintu, JPN TAXI tampil dengan rekaan hatchback dengan ruang dalaman yang luas untuk keselesaan penumpang ketika dalam perjalanan. 
 


Ia juga turut menggunakan pintu gelongsor pada kedua-dua bukaan penumpang kanan dan kiri bagi memberikan ruang yang lebih luas kepada penumpang keluar dan masuk dengan mudah dengan ketinggian yang direka khas untuk memuatkan penumpang yang tinggi, menjadikan teksi yang lebih mesra penumpang. 

Turut hadir pada JPN TAXI ini ialah ciri mesra OKU di mana terdapat mekanisme yang mampu mengubah konfigurasi tempat duduk bagi memuatkan kerusi roda, membolehkan penumpang masuk dengan selesa tanpa perlu bangun daripada kerusi roda mereka. 
 


Dijana menggunakan enjin berkuasa gas petroleum cecair (LPG) hibrid dengan konfigurasi dua motor elektrik, JPN TAXI mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api setinggi 19.4 km per liter dan mampu bergerak dua kali ganda jauhnya berbanding teksi biasa.
 


Dengan harga jualan sekitar 3,280,000 yen sehingga 3,500,000 yen (RM120k++) yang dikatakan agak tinggi, ia merupakan teksi yang penuh dengan ciri inovasi dan efisien bahan api, menyebabkan lebih banyak syarikat pengusaha teksi mendaftarkan JPN TAXI sebagai kenderaan utama perkhidmatan mereka, terutama ketika menghadapi penganjuran sukan terbesar di dunia menjelang 2020 tidak lama lagi. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Terletak berdekatan dengan Gunung Fuji, fasiliti Higashi Fuji memiliki keluasan sekitar 1.42 juta…
Berita Global
Sektor pengangkutan awam, khususnya industri teksi turut mempersiapkan diri bagi menyambut ketibaan…