#JPJGate: Seorang penceroboh masih lagi bebas manakala tiga pegawai Unit Elit JPJ ditahan

oleh SALINA JALIL|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Polis telah mengesahkan bahawa empat orang individu telah terlibat di dalam kes pecah masuk pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada minggu lepas.

 

Menurut laporan Berita Harian hari ini, seramai dua orang telah dikenalpasti memecah masuk pejabat Ketua Pengarah JPJ Datuk Nadzri Siron pada sekitar 1 pagi di Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya.

 

Difahamkan bahawa salah seorang penceroboh tersebut adalah anggota Unit Elit JPJ Pasukan Tindakan Khas (PTK) bersama seorang lagi individu yang bukan dari kakitangan JPJ.

 

Ketika kejadian berlaku, rakan sepasukan iaitu dua orang anggota PTK yang lain sedang menunggu di dalam kenderaan yang berada tidak jauh dari Ibu Pejabat JPJ.

 

“Setakat ini seorang penceroboh tersebut yang memecah masuk masih lagi bebas sehingga kini,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa.

 

Rusdi turut mengesahkan berkata laporan polis telah diterima pada hari kejadian sebelum tiga pegawai terbabit ditahan.

 

"Dua daripada mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis manakala seorang lagi direman hingga hari ini,” tambahnya.

Berikutan itu, pada Isnin lalu Nadzri Siron telah mengarahkan penggantungan serta merta tugasan dan program Unit PTK JPJ.

 

Kenyataan rasmi JPJ hari ini juga mengesahkan desas-desus yang Careta.my dengari bahawa terdapat kemelut dalaman dan tatacara tidak diduga berlaku pada 13 Julai di ibu pejabat JPJ melibatkan kumpulan Elit Penguatkuasa JPJ.

 
Berita dari Yusof Ismail

Berita Berkenaan

Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…
Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Berita Domestik
"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak. "Tambahan…