JPJ Pulau Pinang - Kebanyakan kelindan lori tiada lesen memandu, 766 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan

oleh SALINA JALIL|
gambar dari facebook JPJ Pulau Pinang
Tiada lesen memandu mencatatkan kesalahan tertinggi dalam Ops Tutup yang diadakan di dua lokasi di sekitar Seberang Perai Utara (SPU), di Seberang Prai tengah malam tadi (Rabu).


Operasi yang memfokuskan pemeriksaan kenderaan perdagangan selama dua hari bermula Selasa lalu itu dijalankan di Plaza Tol Sungai Dua (arah Selatan) dan Plaza Tol Juru (arah Utara).
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Adenan Mat Isa berkata, jumlah kesalahan tiada lesen memandu paling tinggi direkodkan iaitu 356 notis diikuti dengan 198 notis kesalahan teknikal dan 113 notis berkaitan perlesenan kenderaan.

 

“Kita dapati kebanyakan kelindan lori bukan sahaja tidak mempunyai lesen malah mereka berani menggantikan pemandu utama sekali gus membahayakan pengguna jalan raya lain.

 

“Antara alasan klise yang diberikan adalah terlupa, tak ada masa untuk buat lesen dan sebagainya,” katanya ketika ditemui.

 

 

jpj pp
gambar dari Facebook JPJ Pulau Pinang

 

Mengulas lanjut beliau berkata, sebanyak 2,490 kenderaan diperiksa dan 445 daripadanya dikenakan tindakan manakala 766 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

 

Katanya, operasi bersepadu terbabit turut disertai beberapa agensi lain antaranya JPJ Kedah, JPJ Perlis, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

 

“Kita mahu pastikan kenderaan perdagangan yang berada di atas jalan raya layak dipandu dan benar-benar selamat bagi mengurangkan risiko kemalangan.

 

“Pemeriksaan brek, tayar, enjin, asap dan komponen lain amat dititikberatkan supaya kenderaan berat ini tidak akan rosak di tengah jalan yang dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

 

“Justeru, penguatkuasaan dan advokasi secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya terjamin,” tambahnya.

 

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…