Ops Khas yang di jalankan bermula jam 4 petang hingga 6 ptg tersebut telah diketuai oleh Tuan Mahazir bin Abd Majid , Timbalan Pengarah JPJ Perlis yang melibatkan lima pegawai dan 24 orang anggota penguatkuasa dan memfokuskan kepada kesalahan Tiada ICP ( International Circulation Permit ), Gagal Patuhi ICP , No Pendaftaran , Cermin Gelap serta pelbagai kesalahan yang lain.
Sebanyak 10 buah kenderaan Thailand telah ditahan dan dibawa ke pejabat untuk tindakan lanjut.
24 notis saman telah dikeluarkan kepada kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan dan kesemua pemandu kenderaan tersebut perlu menyelesaikan bayaran kompaun dan saman tertunggak serta merta sebelum dilepaskan.
Sebanyak empat buah kenderaan telah disita akibat gagal menyelesaikan bayaran tertunggak. Hasil operasi ini, pihak JPJ berjaya mengutip bayaran kompaun sebanyak RM23,800 dengan jumlah kompaun tertinggi sebanyak RM7,800.
Operasi Khas ini merupakan sebahagian daripada operasi terancang bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan Thailand tidak menyalahguna permit ICP yang dikeluarkan.
Careta berharap JPJ Johor turut menyontohi operasi ini kerana pemilik dan pemandu dari negara selatan berkemungkinan besar lebih ramai yang masih belum menjelaskan saman serta kompaun.
Sumber: JPJ