JPJ mula hantar surat amaran tukar beg udara Takata

oleh HEZERI SAMSURI|
Pemilik-pemilik kenderaan yang perlu menukarkan beg udara Takata mereka sudah mula menerima surat dari pihak JPJ berkaitan isu itu.

Menurut beberapa pembaca Careta yang sudah menerima surat itu, ia cuma meminta pemilik untuk berhubung dengan syarikat kenderaan terbabit dan sekiranya pemilik gagal menukar komponen beg udara itu, "boleh dikenakan tindakan oleh pihak JPJ".
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebelum ini Careta pernah menulis mengenai kerumitan untuk meminta data-data maklumat dari pihak JPJ. 

Umum tidak mengetahui pihak JPJ menjual data itu kepada mereka yang berminat dengan harga RM10 untuk sebuah kenderaan dan kerana itu sekiranya syarikat kenderaan mahukan data-data pemilik terkini, mereka perlu mengeluarkan belanja yang besar.

 

 

Ini adalah antara sebab mengapa masalah recall atau panggil semua menjadi remeh di dalam negara yang bakal menerima jenama nasional ketiganya.

Untuk surat dari JPJ ini, sumber-sumber industri berkata ia dilakukan oleh JPJ sendiri dan tidak ada sebarang bayaran dikenakan kepada syarikat kenderaan. 

Ia juga sebenarnya ialah di atas inisiatif Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang membuat kenyataan tegas untuk menghalang cukai jalan diperbaharui bagi kenderaan yang terbabit dan belum ditukar komponen beg udaranya.

Careta diberitahu bahawa Anthony mengarahkan JPJ untuk bekerjasama dengan syarikat kenderaan dalam usaha panggil semula beg udara Takata ini.

 

 

Recall adalah satu perkara yang normal sekarang dan pemilik-pemilik kenderaan di dalam Malaysia tidak mempunyai saluran yang kuat untuk mengadu.

Negara-negara maju mempunyai sistem proses panggil semula yang lengkap di mana pihak kerajaan akan memastikan pengeluar benar-benar berusaha untuk menghubungi pemilik kenderaan. 

Selain dari itu, agensi kerajaan akan memantau situasi tersebut dan melakukan siasatan sendiri sekiranya tidak berpuas hati dengan keterangan pihak pengeluar.

Insiden di Korea Selatan di mana Kementerian Pengangkutan di sana telah melarang 20,000 unit kereta BMW diesel dari digunakan selagi panggil semula tidak dijalankan dengan betul adalah contoh bagaimana hak dan keselamatan pengguna dipentingkan.

Di US, pihak NHTSA menyelia semua panggil semula di dalam negara itu. Sama juga dengan Australia di mana semua panggil semula disenaraikan di dalam laman web milik kerajaan untuk kegunaan pemilik. 

Careta sangat berharap agar Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan menangani masalah ini dan kurangkan menyambung usaha mencari duit dengan menjual nombor plet dan jualan data.

Sangat menyedihkan bila kenderaan yang berharga puluhan dan ratusan ribu Ringgit ini tidak dikawal sepenuhnya dari segi keselamatan selepas ia dijual.

Paling sedih ialah bila agensi yang dipertanggungjawabkan itu lebih sibuk membuat acara-acara yang masih kabur objektifnya, contohnya ialah Skuad Muda JPJ.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Pihak JPJ mengambil maklum dan memohon maaf berhubung isu paparan gambar pemilik e-LMM yang…
Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…