JPJ - Kelas Lesen Memandu B2 masih kekal untuk motosikal tidak melebihi 250cc

oleh SALINA JALIL|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan bahawa tiada sebarang perubahan terhadap Kelas Lesen Memandu sedia ada, ketika ini.


JPJ menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini berkata, sehingga kini penetapan Kelas Lesen Memandu B2 masih kekal sebagai Motosikal Tidak Melebihi 250cc.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Baru-baru ini, timbul kekeliruan berhubung Kelas Lesen Memandu yang dikongsikan blogger EbidMotor.com yang menyatakan bahawa Kelas Lesen Memandu B2 telah dinaikkan daripada 250cc kepada 500cc.

 

“Jabatan ini memandang serius perkara ini dan menyeru kepada orang ramai agar merujuk ke laman web dan media sosial rasmi JPJ sebelum mempercayai sebarang info yang tular,” katanya.

 

 

-UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…