JPJ Jepun perkenal kemas kini 58 rekaan nombor pendaftaran seragam unik untuk 58 wilayah

oleh Muhamad Hanif|
Nombor pendaftaran kenderaan di Jepun sememangnya boleh dikenali kerana keseragaman rekaan dan pernomboran untuk kesemua jenis kenderaan.
Promosi Duit Raya

Apa yang membezakan setiap pendaftaran yang serupa itu ialah designasi warna huruf dan latar belakang nombor tersebut yang mewakili kelas-kelas kenderaan yang berbeza, serta lokasi pejabat rasmi yang diiktiraf oleh kementerian untuk mengeluarkan nombor pendaftaran tersebut. 

Sebagai contoh, format asal menggunakan plet putih dengan huruf berwarna hijau yang dikhaskan untuk pendaftaran kenderaan peribadi manakala penggunaan warna sebaliknya (tulisan putih di atas plet hijau) adalah untuk pendaftaran kenderaan komersil.

Begitu juga dengan kenderaan yang berenjin 660cc yang lebih dikenali dengan nama kei-car, mereka memakai plet pendaftaran berwarna kuning dengan huruf berwarna hitam. 

Manakala untuk lebih mudah memahamkan pejabat yang mengeluarkan nombor pendaftaran tersebut, kita boleh menggunakan analogi Parlimen dan DUN, bermakna setiap DUN di dalam sesebuah Parlimen tersebut mempunyai pejabat tersendiri yang diiktiraf untuk mengeluarkan nombor pendaftaran sesebuah kenderaan. 
 


Setiap lokasi tersebut mempunyai designasi tersendiri mengikut format yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. 

Setelah hampir 70 tahun menggunapakai format yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1951, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Jepun (dikenali dengan Kementerian Pengangkutan, Tanah dan Infrastruktur di Jepun) telah bersetuju untuk merombak kembali format sedia ada kepada stail ke-Amerika-an.

Oleh kerana rekaan terbaharu ini turut menampilkan gambar latar belakang unik, penggunaan warna untuk setiap segmen kenderaan turut diubah dengan penggunaan garisan hijau di sekeliling plet untuk kenderaan penumpang, manakala garisan kuning di sekeliling untuk segmen kei-car. 


 


Sepanjang 67 tahun penggunaan format asal, hanya tiga kali sahaja nombor pendaftaran khas dikeluarkan oleh kementerian, iaitu pada majlis meraikan Sukan Olimpik 2020, Sukan Paralimpik dan Kejohanan Sedunia Ragbi kesemuanya dikeluarkan pada tahun 2017.

Tidak seperti JPJ Malaysia yang sangat aktif dalam mengeluarkan nombor pendaftaran yang khas, pening dan cacamerba, tidak begitu?

Berikut merupakan imej rekaan terkini yang dikeluarkan, setiap satunya menggambarkan perkara unik yang menjadi ikon kepada wilayah tersebut. 
 


Menurut laporan Japanese Nostalgic Cars, Kementerian Pengangkutan, Tanah dan Infrastruktur Jepun akan memperkenalkan kesemua 58 rekaan nombor pendaftaran dengan 41 rekaan awal telah pun didedahkan seperti yang tertera di atas. 

Setiap nombor pendaftaran mestilah dibuat melalui kementerian dengan bayaran sebanyak ¥1,000 (RM36++) sahaja. 

Setiap kutipan tersebut akan disalurkan kepada sektor pengangkutan dan pelancongan wilayah yang berkenaan. 

 

Sumber: Japanese Nostalgic Cars

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Masih mengekalkan imej luaran yang amat serupa dengan generasi terdahulu, Toyota telah memuatkan…
Berita Global
Jentera tersebut diserahkan (disumbangkan) oleh Nissan sendiri di dalam satu majlis penyerahan…
Berita Global
Menurut Perdana Menterinya, Shinzo Abe, pihak kerajaan beliau akan mula mengkomersilkan…