JPJ beri tempoh dua minggu untuk pemilik Honda, Mazda dan Subaru supaya tukar beg udara - Anthony Loke

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Pengangkutan Malaysia kesal kerana jumlah pemilik kenderaan yang sudah menukar beg udara Takata sangat kecil meskipun langkah menanganinya sudah diambil.

Katanya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menghantar surat peringatan kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat dalam panggilan penukaran beg udara Takata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurutnya, dari 26 Jun 2018 sehingga 4 September 2018, JPJ telah menghantar sebanyak 408,551 surat peringatan kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat.

Sepanjang tempoh surat peringatan tersebut dikeluarkan sehingga ke hari ini (26 Jun 2018 sehingga 19 september 2018) hanya 70,853 kenderaan telah di hantar ke bengkel syarikat pengeluar dan selesai urusan penukaran beg udara.


Ini menunjukkan peratus orang ramai yang mengambil tindakan terhadap surat peringatan ini adalah sebanyak 17.43 peratus.

“Perkara ini amat mendukacitakan pihak Kementerian kerana inisiatif yang diambil tidak dipandang serius dan penting oleh masyarakat dalam usaha mencegah daripada kejadian maut beg udara Takata ini berulang kembali,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, pihak industri automotif yang terlibat dikehendaki mewujudkan Pelan Komprehensif Panggilan Semula dan Stok Beg Udara.

Pengeluar perlu meningkatkan keupayaan Pusat Khidmat dan ketersediaan stok untuk memudahkan pemilik kenderaan yang perlu menukar beg udara.

Tambahnya, industri juga dikehendaki untuk mewujudkan Pelan Promosi Yang Lebih Effisien.
 


Syarikat pengeluar turut memastikan bahawa komunikasi serta maklumat mengenai usaha ini sampai kepada kumpulan sasaran.

Sementara itu, JPJ akan meneruskan Task Force selama 2 bulan lagi dengan membuat pemantauan terhadap status panggilan semula dan kesediaan stok, justeru, bagi melancarkan tindakan gerak kerja ini, pengeluar dikehendaki menyediakan stok yang mencukupi dalam tempoh dua bulan.

Syarikat Honda bersetuju akan menghantar peringatan terakhir kepada pelanggannya dalam tempoh dua minggu.
 


Fakta berkaitan:

  • Nissan mendahului senarai kenderaan yang masih tidak menukar beg udara iaitu sebanyak 132,417 unit, diikuti Toyota (104,781 unit)  dan Honda (71,413 unit)
  • Sebanyak 70,853 kenderaan sudah menukar beg udara mereka daripada 408,551 pucuk surat peringatan yang dihantar oleh JPJ dalam tempoh 26 Jun sehingga 4 September.
  • Syarikat Honda, Mazda dan Subaru mencatatkan bilangan stok beg udara yang mencukupi (100%)
  • Nissan mencatatkan bilangan stok yang tidak mencukupi sebanyak 42% manakala Toyota sebanyak 51%. 
  • Stok tidak mencukupi yang tertinggi dicatatkan ialah Toyota Vios
  • JPJ beri tempoh dua bulan supaya syarikat mencukupkan bilangan stok beg udara. 

Status stok semasa dilampirkan di bawah.