JPJ bakal sediakan khidmat pembaharuan lesen memandu, cukai jalan guna aplikasi mudah alih

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan menerusi aplikasi peranti pintar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di laman Facebook-nya selepas meninjau keadaan operasi di pejabat JPJ Negeri Sembilan.

Buat masa ini, pihak JPJ telah menambah kiosk baru di cawangan-cawangan di seluruh negara untuk memudahkan urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen bagi mengurangkan kesesakan di kaunter.

Malah, waktu operasi kiosk juga akan dipanjangkan di luar waktu pejabat bagi memudahkan urusan rakyat.

Tambahnya, proses digitalisasi JPJ ini tidak akan terhenti di peringkat kiosk sahaja, di mana akan ada perkhidmatan yang akan disediakan dalam talian dalam masa terdekat.

Antaranya ialah pembaharuan lesen memandu serta cukai jalan yang boleh dibuat menerusi aplikasi peranti pintar dan beliau menambah pihak JPJ sedang berusaha untuk merealisasikan perkhidmatan tersebut kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kalau kita tengok tadi, ada sebuah kenderaan Honda City yang ditahan, hasil siasatan mendapati dia…
Berita Domestik
"Dalam pemeriksaan di Taman Arowana, JPJ menyita sebuah lori dipandu lelaki Pakistan malah dia…
Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…