Jonathan Rea tiga kali juara WorldSBK dengan Kawasaki ZX-10RR

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Tiga kali berturut-turut menjuarai kejohanan FIM WorldSBK bukanlah satu perkara yang mudah.

Jonathan Rea yang berusia 30 tahun membuktikan bakat beliau dengan menjadi juara FIM WorldSBK buat kali pertama dalam tahun 2015.

Kemenangan untuk meaih takhta dunia WorldSBK tahun 2016 sekali lagi membuktikan kemenangan tahun pertama itu bukan atas dasar nasib. 

Selepas kemenangan ke-12 tahun ini, Rea sekali lagi muncul juara dunia kejuaraan FIM WorldSBK - tiga tahun berturut-turut.

Ini menjadikan Rea antara pelumba SBK yang paling berjaya dan antara yang pasti, jentera perlumbaan beliau memainkan peranan yang penting kerana ketiga-tiga tahun beliau berlumba untuk Kejuaraan FIM WorldSBK, Rea hanya menggunakan jentera perlumbaan Kawasaki Ninja ZX-10RR.

Karier Rea memang membuktikan beliau mempunyai bakat untuk menjadi seorang lagenda dalam dunia SBK.

Beliau pernah memenangi 9 superpoles, 28 pusingan terlaju Ninja (Ninja Fastest Lap) dan 35 perlumbaan Ninja SBK.

Perlumbaan ke 12 yang dimenangi Rea dalam kejuaraan tahun ini sebenarnya adakah kemenangan ke 50 di dalam karier Rea sebagai penunggang WorldSBK.

Kejayaan Rea dalam WorldSBK tahun ini juga adalah rekod untuk Kawasaki di mana Rea menjadi penunggang Kawasaki ZX-10RR yang pertama dalam sejarah 30 tahun WorldSBK untuk memenangi kejuaraan itu tiga kali berturut-turut dengan menggunakan jentera Kawasaki.

Rea juga menunjukan prestasi yang membanggakan pada perlumbaan pusingan ke-12 di litar Magny Cours yang basah kerana hujan semalam. Rea mendahului lap pertama dengan 2.4 saat di hadapan pencabar beliau dan mengakhiri perlumbaan 16.3 saat di hadapan pemenang kedua Marco Melandri.

rea 2

 

Sebaik sahaja Rea memenangi perlumbaan itu, beliau terus berhenti di tepi litar untuk memegang sebuah serampang emas tiga mata, tanda tiga kejuaraan berturut-turut dan memakai sebuah helmet khas untuk menandakan kegemilangan itu sebelum beliau ke pit. 

"Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan saya, semua mereka di Kawasaki di Jepun, dan khas untuk isteri dan anak-anak yang banyak berkorban untuk saya," ujar Rea.

Kawasaki Ninja ZX-10RR yang ditunggang oleh Rea ini sebenarnya sangat istimewa.

  • Ia adalah unit produksi terhad Ninja ZX-10RR satu pelana untuk pasaran dunia.
  • Ia lengkap dengan modifikasi perlumbaan seperti enjin perlumbaan 998cc dengan modifikasi prestasi tinggi.
  • Logo RR di kiri dan kanan penutup enjin dalam warna hitam putih, lambang Kawasaki Racing Team untuk Ujian Musim Sejuk.
  • Ia mempunyai kepala silinder yang dimodifikasi untuk dipadankan dengan camshaft perlumbaan high-lift.
  • Crankcase atau kotak engkol pula diperkukuhkan untuk lebih tahan lama semasa perlumbaan.
  • Ninja ZX-10RR ini juga mempunyai tappet injap dengan disalut dengan bahan DLC untuk mengurangkan geseran - penting bagi menghalang kehilangan tenaga akibat geseran mekanikal semasa enjin diperah maksimum.

 

Untuk membantu pengendalian, jentera Ninja ZX-10RR ini dilengkapi dengan 

  • IMU (Inertial Measurement Unit) dari Bosch yang menawarkan enam set pengendalian motosikal itu.
  • Sports Traction Control
  • Electronic Engine Brake Control
  • Launch Control
  • Intelligent ABS
  • Sistem KCMF (Kawasaki Cornering Management Function) yang memastikan Rea berjaya mensasarkan apex atau titik kemuncak pada setiap selekoh di litar itu.

Kawasaki Ninja ZX-10RR varian jalanraya boleh dibeli oleh peminat motosikal Malaysia dan sebenarnya Careta sudah beberapa kali mencuba motosikal ini.

Cukup untuk dikatakan bahawa sampai ada yang takjub akan prestasi ZX-10RR baharu ini sampaikan menjual superbike sekarang dan bertukar ke Ninja itu.

rea 1