Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ia berikutan pertemuan dan perbincangannya bersama Pengarah Wilayah Tesla Isabel Fan.
Menerusi hantaran Facebook nya, beliau berkata, "Menerusi perbincangan ini, pelbagai perincian serta perancangan telah diutarakan oleh pihak Tesla,"
Menurutnya ekosistem kondusif dan pengukuhan polisi kerajaan yang menekankan peralihan kepada teknologi hijau, telah memberikan keyakinan kepada Tesla untuk melabur di Malaysia.
Onn Hafiz berkata, "Jutaan penghargaan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta pihak-pihak berkaitan atas usaha berterusan merancakkan pelaburan di Malaysia.
"Semoga segala yang direncanakan akan membuahkan hasil, terutamanya dalam meningkatkan peluang pekerjaan serta keterlibatan syarikat tempatan dalam ekosistem pelaburan pihak Tesla sama ada di peringkat domestik atau global. Insya-Allah,".
Turut hadir pada pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Lee Ting Han dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman.
Sumber: Harian Metro