Johor perlu lebih serius atasi kemalangan

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tiga penunggang motosikal maut dalam tiga kemalangan berasingan di Batu Pahat pada 29 dan 30 Jun lalu.

Ketiga-tiga kemalangan tersebut melibatkan tiga penunggang Melayu dari umur 16 tahun, 20 tahun dan 32 tahun dan kesemua kemalangan tersebut berlaku dalam masa enam jam, di dalam daerah yang sama - Batu Pahat.

Batu Pahat merupakan daerah yang merekodkan kemalangan maut tertinggi selama dua tahun berturut-turut (2014 dan 2015), menurut laporan statistik kemalangan polis trafik.

Di bawah ialah senarai kes kemalangan maut mengikut daerah dalam tahun 2015, menurut laporan statistik polis trafik Malaysia. 

  • Batu Pahat - 191 kes
  • Kuantan - 155 kes
  • Ipoh - 145 kes
  • Kuala Muda - 121 kes
  • Seberang Prai Tengah - 118 kes
  • Kajang dan Melaka Tengah - 110 kes setiap satu 

Di dalam tahun 2014, Batu Pahat mencatatkan kes kemalangan maut tertinggi di negara juga, dengan 165 kematian.

Johor ialah negeri dengan kadar kemalangan maut yang tertinggi dalam tahun 2015, iaitu sebanyak 1,040 kes, naik 22 kes berbanding tahun 2014.

Tiga kemalangan yang berlaku dalam tempoh enam jam di Batu Pahat baru-baru ini bagaikan satu peringatan kepada semua agar terus berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan maut.

Dengan kadar kemalangan maut tertinggi untuk dua tahun berturut-turut, agensi kerajaan di Batu Pahat dan juga para pemimpin di Johor perlu lebih serius untuk memastikan kadar kemalangan menurun bagi tahun ini. 

Pengukuhan kepentingan keselamatan jalanraya juga perlu dilakukan diperingkat sekolah-sekolah. Bukan mudah untuk menasihatkan pelajar-pelajar sekarang yang sudah pandai membuli sehingga membunuh, namun jika tidak ada apa-apa dilakukan, negara kita bakal berdepan dengan lebih ramai pemandu kurang siuman dan ini akan memburukan nama negara dan tidak mustahil "rating" negara akan jatuh ke negara kelas ketiga kembali akibat kadar kemalangan maut yang terlalu tinggi.

*Sumber dari Harian Metro dan The Sun Daily

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…