JMS 2023: Toyota dedah gambar acah kereta sports FT-Se, crossover FT-3E

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model konsep van yang telah kami siarkan sebelum ini, Toyota bakal membawakan dua lagi model konsep berkuasa elektrik pada acara Japan Mobility Show 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota FT-Se

Toyota menyifatkan model ini sebagai kereta sports berlogokan GR yang patut dipertimbangkan dalam era neutral karbon.

Antara ciri yang wujud:
• Layangan warna dua tona, bumbung hitam
• Jalur LED belakang yang nipis
• Diffuser belakang agresif, sirip menegak di bahagian sisi
• Logo GR
• Skrin kluster digital
• Roda stereng stail yoke

 

Ftse


Menurut Toyota, FT-Se ini bakal menampilkan pad lutut yang dapat melindungi badan daripada tekanan daya-G, selain menawarkan prestasi aerodinamik dan kestabilan pengendalian, persis kereta sports sebenar.

 

Toyota FT-3e

Ft3e


Tidak seperti FT-Se, FT-3e merupakan sebuah crossover elektrik yang mungkin bakal direalisasikan kelak.

Antara ciri yang wujud:
• Bar lampu LED melintang
• Tambahan bar LED pada bahagian bawah pintu tailgate, boleh melambangkan fungsi tertentu (kapasiti bateri, suhu, kualiti udara)
 

Ftse


Rekaan luaran FT-3e ini tidaklah seagresif garis badan yang terdapat pada FT-Se, namun ia masih lagi menampilkan lekukan yang biasanya tidak wujud pada model crossover elektrik.

Japan Mobility Show 2023 bakal berlangsung bermula 26 Oktober hingga 5 November ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Nissan terpaksa menguburkan hasrat untuk…
Berita Global
Berita baik, Toyota dalam satu temubual mengesahkan model tersebut bakal direalisasikan dalam…
Berita Global
Mesin penghasilan gas hidrogen menggunakan biogas ladang ayam itu akan mula beroperasi pada akhir…