JKR uji cat garisan jalan bercahaya dalam gelap di Hulu Langat

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Projek jalan yang dicat menggunakan teknologi bercahaya dalam gelap pertama di negara ini adalah di Jalan Sungai Lalang (B19) di Hulu Langat, Selangor.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, projek perintis dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Langat itu membolehkan pemanduan menjadi lebih selamat dengan bantuan pantulan cahaya pada pembahagi jalan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mohd Sany berkata, teknologi menghasilkan pantulan cahaya daripada lampu kenderaan itu merupakan inovasi dalam kejuruteraan jalan.

"Dengan mengekalkan ciri pemantulan cahaya kuning dengan penggunaan High Intensity Prismatic Sheet, kaedah pencahayaan ditambah baik dengan ciri phosphorescence mengandungi elemen pigmen phosphors bagi mengeluarkan cahaya yang boleh dilihat selepas diberi tenaga.

"Sumber tenaga adalah sama ada dari cahaya matahari atau lampu kenderaan yang diserap, sebelum ianya bercahaya semula dan dapat dilihat pada waktu malam," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Pada Rabu malam, beliau mengiringi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melawat lokasi berkenaan.

Mohd Sany turut, merakamkan ucapan terima kasih kerana memilih Hulu Langat sebagai lokasi perintis projek berkenaan.

Dalam pada itu, RTM melaporkan, Alexander berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan mengkaji dan menilai lanjut projek itu untuk dilaksanakan dengan lebih menyeluruh kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

- jangan jalan sesak waktu malam di Hulu Langat lepas ini pula...-

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
"Saya sendiri sudah melakukan lawatan ke Hulu Langat, November lalu, dan ia (garisan jalan…
Berita Domestik
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang berkata, buat masa ini, garisan…
Informasi
Beliau berkata jalan raya yang terlibat akan menggunakan teknologi baharu tersebut pada tahun depan…