Jimat RM15,000 dengan Toyota Mac ini!

oleh Afandi Che Muhamad|
Walaupun musim perayaan Tahun Baru Cina telah berlalu, kemeriahan di bilik-bilik pameran Toyota seluruh negara masih diteruskan.

Sepanjang bulan Mac, promosi istimewa akan ditawarkan dimana pelanggan boleh mendapat penjimatan sehingga RM15,000 (tertakluk kepada model terpilih) melalui pembelian kenderaan baru Toyota, tetapi turut menerima nilai tambah melalui aksesori yang disediakan tanpa sebarang kos.
Promosi Duit Raya

Alami perkhidmatan terbaik dari Toyota di semua bilik pamerannya di seluruh negara, bukan sahaja pada hujung minggu tetapi sepanjang tahun.

Terutamanya untuk 17 & 18 dan 24 & 25 Mac, datang dan sertai Toyota Weekender di bilik pameran bersama rakan-rakan dan ahli keluarga untuk mendapatkan tawaran terbaru.

“Get Fun, Get Bolder” dengan Toyota Avanza 1.5X yang baru dan gaya lasak.

Pelanggan boleh memilih rebat tunai RM1,000 atau menaik taraf tayar dan rim bernilai RM3,062 secara percuma.

Antara model yang terlibat di dalam promosi serta tawaran istimewa ini adalah seperti berikut, dan ia sah sehingga 31 Mac 2018:

Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan juga boleh mempertimbangkan perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota “2-Tier Plan” yang menawarkan bayaran ansuran bulanan lebih rendah bagi graduan, serta pelan pembiayaan “Toyota Drive”, yang pertama seumpananya disediakan yang membolehkan pelanggan jimat lebih banyak.

Untuk kesenangan pemilik, semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Toyota Hilux, dengan maksimum perbatuan 150,000km).

Untuk meningkatkan nilai Toyota anda, waranti boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya tertakluk kepada terma dan syarata.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan tawaran menarik ini, sila berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota serta jangan lepaskan peluang untuk memandu uji model-model yang disediakan.

Layari juga www.toyota.com.my untuk perincian selebihnya.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan merangkul tempat pertama dan kedua, Toyota kini merupakan pengeluar dari Jepun kedua yang…
Berita Global
  Bukan sahaja dibina dengan jumlah yang banyak, Camry replika ini juga seberat satu tan! Toyota…
Berita Global
Walaubagaimanapun, demi memenuhi peraturan yang semakin ketat di sana, Toyota mengambil langkah…