Jerman tidak bersedia untuk pengharaman diesel

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun maju, Kesatuan Eropah kadang-kala tidak begitu rasional di dalam perundangan mereka.

Isu mengharamkan diesel memang sangat kuat di Eropah kerana mereka percaya ia merosakan alam sekitar. 

Hujung bulan lalu, sebuah mahkamah tinggi di Leipzig memutuskan bahawa mana-mana bandaraya di Jerman mempunyai hak untuk menghalang kenderaan diesel dari digunakan di dalam bandar mereka.

Ini berikutan puak pro alam semulajadi yang mengawal majlis-majlis perbandaran di negara tersebut dan juga kerana kadar pelepasan gas Nitrogen Oksida (NOx) di bandar-bandar besar sudah melepasi had yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah.

Hanya enjin diesel bertaraf Euro 6 sahaja yang dibenarkan di dalam bandar-bandar di Jerman, jika pihak bandaraya bersetuju untuk menggunakan hak pengharaman itu.

 

 

Namun begitu, Chanselor Angela Merkel berkata tidak akan wujud pengharaman diesel secara mutlak di dalam negara Jerman.

Dengan pelbagai isu dan andaian mengenai pengharaman diesel, pembeli kenderaan di sana semakin menjauhi kenderaan berenjin diesel. Malah nilai terpakai kenderaan diesel turut jatuh mendadak.

Tetapi syarikat-syarikat kenderaan Jerman seperti Volkswagen berkata pengharaman tersebut yang dilakukan secara mendadak akan menyusahkan industri itu dan mereka tidak bersedia dengan alternatifnya.

Jerman dan negara-negara modern di Eropah mampu untuk terus mengharamkan jenis-jenis kenderaan yang didapati mempunyai kadar pencemaran yang tinggi.

Diharapkan tidak akan ada pegawai kerajaan yang tiba-tiba terasa beliau ialah seorang wira alam sekitar dan terus mahu mengharamkan kenderaan diesel dalam masa seakelip mata.

 

 

Pengharaman diesel kepada negara-negara dunia ketiga atau negara membangun seperti Malaysia bakal melihat implikasi yang besar dan akan menyebabkan banyak industri lumpuh.

Mungkin pihak kerajaan boleh melakukan kajian dan menetapkan tarikh permulaan sebarang pengharaman. Contohnya dalam tahun 2050, kenderaan yang tidak mencapai piawaian pelepasan asao Euro 5 akan diharamkan penjualannya.
 
Buat masa sekarang, tidak ada sebarang usaha untuk memeriksa kadar pelepasan asap kenderaan bukan komersil yang sudah berada di atas jalanraya. 

Trak pikap dengan cip kawalan komputer yang dinaiktaraf menghasilkan kepulan asap ekzos sehitam arang masih tidak menjadi masalah penting kepada Malaysia kerana tidak ada sebarang isu air, isu pekerjaan, isu GST dan isu politik yang terbabit.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan media tempatan, enjin ICE terakhir yang akan dipasang ialah sebuah nadi V8 di mana…
Berita Global
EU telah mengumumkan siasatan kepada tuduhan kerajaan China memberikan subsidi dan menjadikan EV…
Berita Global
Tidak seperti MINI Cooper EV, MINI Countryman 2024 akan dibina sepenuhnya di kilang BMW Group di…