Jerayawara Mobiliti Terhubung - masa hadapan Mobiliti Terhubung bagi Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Jerayawara Mobiliti Terhubung membuka tirai Malaysia Autoshow 2018 yang bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Majlis yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang turut memberikan ucapan dan visi beliau berkenaa Mobiliti Terhubung yang bakal memacu Malaysia ke arah negara maju, selaras dengan Transformasi Nasional 2050.
Kawasaki Legend Reborn


Berikut merupakan intipati ucapan YAB Perdana Menteri berkenaan Mobiliti Terhubung (Mobility Connected). 

Masa Hadapan Mobiliti Terhubung bagi Malaysia.

Sepertimana yang digariskan dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50), transformasi Malaysia ke arah menjadi perintis global perlu berlandaskan kebolehan Malaysia menjadi lebih kompetitif dan profisien di dalam ekonomi digital.

Jerayawara Mobiliti Terhubung memberi gambaran kepada rakyat Malaysiamengenai masa hadapan industri automotif yang dijangka mengalami anjakan kepada industri Mobiliti - satu industri yang merangkumi keseluruhan ekosistem pergerakan manusia di masa hadapan, seperti gaya hidup, komunikasi, model perniagaan dan kehidupan. 
 

Sejak Dasar Automotif Nasional 2014 dilancarkan empat tahun lalu, industri automotif Malaysia telah memperlihatkan pelbagai pencapaian. 

Hari ini, penggunaan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), harga kereta yang lebih kompetitif, dan dilengkapi dengan lebih banyak ciri-ciri keselamatan. 

Jumlah pekerjaan dan eksport komponen automotif turut meningkat setiap tahun sejak pengumuman NAP2014.

Dasar Automotif Nasional 2018 yang dijangka diumumkan tahun ini, akan menjadikan visi mobiliti terhubung sebagai tonggak utama dalam penggubalan dasar, rangka kerja, dan pelan halatuju yang berkaitan.
 

NAP2018 dijangka akan memperluaskan NAP2014 menjangkau kecekapan tenaga, kepada mobliti terhubung - suatu industri yang membawa teknologi dan produk-produk baharu kepada dunia, seperti kenderaan terhubung (connected vehicles), bandar pintar (Smart cities), pengangkutan kongsi pintar (intelligent shared transportation), pembuatan pintar (smart manufacturing), teknologi telematik dan kecerdasan buatan (artificial intelligence).
 
Dasar ini juga akan menjangkau kesemua fungsi kerajaan, industri dan sektor peniagaan dan modal insan, ke arah membolehkan mobiliti sebagai perkhidmatan (Maas).

Rangkakerja Mobiliti Terhubung adalah berlandaskan NAP2018 yang dikangka akan membawa penggunaan teknologi tinggi dan lebih selamat kepada rakyat Malaysia, termasuk kenderaan elektrik mampu milik, kenderaan pandu sendiri, dan seterusnya kenderaan mampu terbang.

Tambahan pula, Mobiliti Terhubung dijangka mencipta peluang kerja baharu seterusnya peluang-peluang perniagaan yang lebih moden bagi rakyat Malaysia.

 

Masa hadapan Mobiliti Terhubung dijangka akan berdasarkan ekonomi yang dipacu oleh data. Ia memerlukan konsolidasi dan pemprosesan data di antara pelbagai agensi kerajaan, industri dan akademik. Data ini kemudiannya disatukan menjadi maklumat dalam membuat keputusan yang strategik dan tepat, seterusnya menambah baik ekosistem industri. 

Bagi membolehkan ekonomi berasaskan data, pengoperasian Mobility Digital Optimisation Transformation Services (MDOTS) telah diumumkan. 

MDOTS adalah penyelesaian berasaskan data yang dipacu oleh transformasi digital analitis data bagi revolusi Mobiliti sebagai Perkhidmatan (MaaS).

Inisiatif MDOTS mengutamakan lima daripada sembilan tonggak di bawah industri 4.0, merangkumi Big Data Analytics, Cloud Computing, System Integrator, Cybersecurity dan Internet of Things. 

Ianya melengkapkan inisiatif Government Data Optimisation Transformation Services (GDOTS) yang merangkumi analitis data raya Mobiliti termasuk Kementerian, Kerajaan Negeri, Institusi pengajian tinggi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemain-pemain industri. 
 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hari Terbuka MAI dianjurkan bagi membawa pengenalan kepada industri automotif tempatan dan program-…
Berita Domestik
  Darell berkata semua cadangan yang dihantar akan dikaji oleh pelbagai agensi di bawah MITI,…
Berita Global
Menurut CEO Malaysia Automotive Institute (MAI), Datuk Madani Sahari, syarikat-syarikat itu…