Jentera bomba Unimog U 5023 - gagah memadamkan kebakaran di hutan belantara

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah jentera bomba yang pelbagai guna bukan sahaja untuk memadamkan kebakaran, ia juga ditugaskan untuk membawa bermacam peralatan menyelamat yang pelbagai, daripada peranti bersaiz kecil sehinggalah mesin pemotong besi "jaw of life" berkuasa hidraulik.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Disebabkan membawa beban yang banyak (termasuk ahli bomba), jentera bomba yang tipikal tidaklah begitu pantas membelah laluan trafik, dan tidak pula begitu bagus untuk digunakan di kawasan yang mempunyai permukaan bumi yang tidak rata. 

 


Lain pula kisahnya di sebuah bandar bernama Kirchzarten, selatan Jerman yang menempatkan pasukan bomba sukarela.

Pasukan bomba ini didapati menggunakan jentera Unimog U 5023 yang telah diubahsuai untuk kegunaan aktiviti menyelamat, dan serba lengkap dengan peralatan untuk membasmi kebakaran. 

Sebagai sebuah Unimog dengan jarak kelegaan tanah yang agak tinggi (45cm), jentera ini mudah untuk digunakan di kawasan hutan dan pergunungan terima kasih kepada enjin diesel empat silinder sebaris BlueTec 6 (231 hp/900Nm), set roda off-road yang besar, serta sistem pacuan empat roda yang pintar. 
 


Jentera ini mampu memuatkan bekalan air bersih sebanyak 4,000 liter dan juga bekalan buih  pemadam api sebanyak 500 liter sebelum dipancutkan keluar menerusi pam berkuasa tinggi jenama Ziegler dengan kapasiti penyiraman sebanyak 3,000 liter air seminit. 

Mungkin kita patut cadangkan kepada negara jiran supaya membeli jentera Unimog ini bagi memudahkan lagi usaha mereka memberhentikan pencemaran udara disebabkan oleh jerebu yang saban tahun mewarnai langit Malaysia. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita baik, anda berpeluang untuk menaiki Unimog yang sama ini sekiranya kebetulan berada…
Berita Global
  Sambutan hangat Selepas Unimog dipamerkan dengan jayanya pada pameran Deutschen…
Berita Global
Namun, sebuah syarikat pembina RV (recreation vehicle), EarthCruiser dari Australia telah membawa…