Jenama kenderaan mewah masa kini siapa punya?

oleh DIANA ISMADI|
Industri automitif di dunia masa kini berkembang pesat demi memenuhi permintaan pengguna yang mempunyai selera yang berbeza-beza. Sebenarnya, sudah banyak jenama-jenama kenderaan yang bertukar tangan ataupun dibeli oleh jenama yang lain akibat kemerosotan besar yang berlaku.

Mari kita sama-sama mengimbau kembali sejarah dan lihat siapakah pemilik jenama kenderaan mewah ini sebenarnya.

BMW

D bmw

BMW (Bayerische Motoren Werke) ditubuhkan pada tahun 1916 sebagai sebuah syarikat enjin pesawat yang kemudian mengembangkan cabang dengan mengeluarkan motosikal dan akhirnya kereta. Hari ini BMW juga memiliki Mini dan Rolls-Royce.

Daimler AG

D daimler

Daimler-Benz yang asal telah ditubuhkan di Jerman pada tahun 1926. Korporasi yang kini dikenali sebagai Daimler AG ini ditubuhkan pada tahun 1998. Antara jenama yang dimiliki oleh Daimler ialah Mercedes-Benz, Mercedes-AMG, Smart, dan beberapa syarikat trak berat termasuk Freightliner dan Western Star.

Daimler dahulunya juga pernah menjadi pemilik kepada jenama Maybach, tetapi ianya berakhir pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, pada tahun 2016, nama Maybach itu dihidupkan semula oleh Mercedes-Benz dengan mengeluarkan kenderaan mewah Mercedes-Maybach S600.

Baru-baru ini, syarikat tersebut membuat kemunculan terbarunya Mercedes-Maybach G650 Landaulet.

Fiat

D fiat

Fabbrica Italiana Automobili Torino atau lebih dikenali dengan nama akronim “Fiat telah ditubuhkan pada tahun 1899. Pada asalnya, Fiat hanya menghasilkan enjin kereta api, traktor, dan enjin kapal terbang.

Hari ini, Fiat Chrysler Automobiles (FCA) menaung beberapa jenama terkenal diantaranya ialah Abarth, Alfa Romeo, Fiat, Fiat Professional, Lancia, Maserati, dan semua jenama Chrysler termasuk Dodge, Jeep, dan Ram.

Ford

d ford

Ford adalah syarikat yang terkenal kerana merevolusikan pemasangan kenderaan secara berperingkat (assembly line). Model T dianggap sebagai kenderaan pertama yang sedia untuk dipasarkan secara besar-besaran kepada pengguna.

Pada satu ketika, Ford memiliki atau mempunyai kepentingan utama dalam Volvo, Jaguar, Land Rover, Mazda, Mercury, dan Aston Martin. Semua jenama-jenama ini telah dijual atau ditutup, dan hari ini hanya jenama Lincoln sahaja yang dimiliki oleh Ford.

GM

D gm

GM memiliki Buick, Cadillac, Chevrolet, GMC, dan Holden (satu jenama diedarkan hanya di Australia). GM juga bertanggungjawab mencipta sistem mobiliti pada ‘lunar rover’ yang digunakan pada misi Apollo 15, 16, dan 17.

Honda

D honda

Kebanyakan jenama-jenama utama automotif yang wujud kini membuat kemunculan pada awal abad ke-20, namun jenama Honda ditubuhkan pada tahun 1948, menjadikannya jenama yang agak baru di di dalam industri automotif.

Nama Honda diambil dari Soichiro Honda, yang merupakan salah seorang pengasas syarikat. Jenama yang kini hangat dipasaran juga merupakan pemilik jenama Acura.

Hyundai

D hyundai

Hyundai, yang berpusat di Korea Selatan, mengeluarkan kereta pertamanya dalam usaha sama dengan Ford pada tahun 1968. Hari ini Hyundai Motor Company memiliki sebahagian daripada Kia yang juga merupakan pesaing terhebatnya.

Pada tahun 2015, Hyundai mengumumkan jenama mewah baru dibawah naungannya yang dikenali sebagai Genesis Motors.

Mazda

D mazda

Mazda ialah syarikat Jepun yang diasaskan pada tahun 1920. Pada asalnya, syarikat ini menghasilkan alatan mesin, tetapi diperluaskan kepada kenderaan dalam tahun 1930-an.

Nama syarikat itu datang dari Ahura Mazda. Pada tahun 1990, Ford milik 33.3% daripada Mazda, tetapi telah menjual sahamnya.

Mitsubishi

D mitsubishi

Mitsubishi Corporation adalah syarikat perdagangan am terbesar di Jepun. Syarikat ini bermula pada tahun 1970, selepas membuka pengkhususan baru iaitu ‘Mitsubishi Heavy Industries’.

Mitsubishi bergerak bebas untuk masa yang lama, tetapi ia kini dikawal oleh Renault-Nissan Alliance.

Renault

D renault

Pada masa ini, Renault mengawal anak syarikat Nissan. Nissan mengawal bahagian kenderaan mewah iaitu Infiniti, dan Datsun yang baru-baru ini dihidupkan semula.

Renault juga memiliki Dacia yang merupakan pengeluar kenderaan berpusat di Romania, dan ia mempunyai saham utama dalam Mitsubishi dan AvtoVAZ dari Rusia.

Saab

D saab

Saab Automobile merupakan idea Svenska Aeroplan AB, yang merupakan pakar dalam pembuatan aeroangkasa dan pertahanan. National Electric Vehicle Sweden kini memiliki aset Saab. NEVS telah cuba untuk menghasilkan versi elektrik Saab 9-3 tetapi hingga ketika ini masih lagi tidak berjaya.

Walau bagaimanapun, model-model baru yang mungkin dikeluarkan tidak akan dijual sebagai produk "Saab" kerana syarikat itu kehilangan hak untuk nama, logo dan jenamanya. Kini jenama Saab terapung diawangan menanti saat untuk lenyap dari industri.

Subaru

D subaru

Subaru ialah satu bahagian daripada pembuatan automobil konglomerat Jepun iaitu Fuji Heavy Industries (FHI). Toyota kini memiliki sebahgian daripada syarikat ini.

Tata

D tata

Tata merupakan pemilik Jaguar dan Land Rover. Jaguar dahulunya pernah menjadi syarikat British yang mengeluarkan Jaguar dan Land Rovers, tetapi Tata membelinya pada tahun 2008. Pada tahun 2009, Tata mengeluarkan kereta yang berharga $2,500 (RM 10,836) pertama di dunia, yang dikenali sebagai Nano.

Tesla

D tesla

Sekumpulan jurutera di Silicon Valley mengasaskan syarikat kereta elektrik, Tesla, pada tahun 2003. Pada masa ini kenderaan syarikat itu dikilangkan di Fremont, California, yang merupakan bekas kilang New United Motor Manufacturing Inc.

Toyota

D toyota

Toyota adalah salah satu pengeluar kereta terbesar di dunia. Ia memiliki Daihatsu, Lexus, dan Hino Motors. Syarikat ini mengeluarkan kereta di Amerika Syarikat sejak tahun 1980-an.

Volkswagen

D volkswagon

Kesatuan Pekerja Jerman " German Labour Front" memulakan Volkswagen pada tahun 1937. Hari ini, Volkswagen Group adalah pembuat kenderaan terbesar di dunia, memiliki VW, Audi, Bentley, Bugatti, Lamborghini, Seat, Skoda, Lori MAN, Scania AB, Ducati, dan Porsche.

Volvo

D volvo

Volvo ialah syarikat Sweden yang telah ditubuhkan pada tahun 1927. Kini firma dari China Zhejiang Geely Holding Group menguasai syarikat.

Sumber dan gambar diambil dari digitaltrends.com

Add new comment

banner articles