Namun, pakar industri memberikan analisis terdapat jenama yang bakal digugurkan kesan daripada penggabungan tersebut.
Menurut laporan daripada Associated Press dan Automotive News, antara jenama yang disebut-sebut adalah Chryster.
Ini kerana dalam banyak-banyak jenama yang disebutkan itu tadi, Chryster merupakan jenama automotif yang hanya memiliki dua model sahaja - sedan 300 dan minivan Pacifica!
Tambah menyedihkan apabila Chrysler dikenali sebagai jenama yang kurang berkualiti, seperti yang pernah dilaporkan di mana model sedan 300 dijual dengan set lampu utama yang tidak sama, dan kawalan kualiti yang kurang memuaskan.
Jenama Lancia juga antara yang disebut-sebut memandangkan jenama itu sendiri menghadapi kesukaran kerana menjual kenderaan yang dijenamakan semula dari Chrysler.
Malah, Lancia kini hanya mempunyai satu model sahaja (Ypsilon) yang dijual di pasaran tunggal Itali.
Selain daripada dua jenama yang disebutkan tadi, antara jenama yang berisiko termasuklah Dodge, Maserati, Alfa Romeo dan DS Automobiles.
Sumber: Automotive News, Associated Press