Program 1st Mitsubishi Owners Gathering 2018 ini bakal menghimpunkan lebih 500 pemilik kenderaan Mitsubishi dari pelbagai segmen
- pacuan 4 roda - Triton, Storm, Pajero
- MPV - Grandis
- SUV - RVR, Outlander
- Crossover - ASX
- kereta penumpang - Lancer, Lancer GT, Mirage, Attrage
- old school - Super Touring, Galant VR4, Lancer Turbo, Mirage Colt, dan lain lain
Program ini bakal berlangsung di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka pada 2 September 2018 bermula jam 11 pagi hingga 5 petang dan dijangka menarik lebih 1000 pengunjung.
Dengan tawaran kemasukan dan penyertaan percuma, program ini bakal diselitkan dengan pertandingan2 modifikasi kenderaan dgn hadiah2 Dan cabutan bertuah yg lumayan.
Selain itu, terdapat juga promosi jualan tayar Toyo Tyres, minyak pelincir Liqui Moly dan Pakelo serta tawaran modifikasi dan baik pulih kenderaan dari K1 exhaust system serta bengkel yg disahkan kualiti dan mutu kerjanya oleh TTCM.
TTCM masih membuka penyertaan kepada mereka yang masih berminat untuk hadir dengan 500 kenderaan pertama akan dihadiahkan dgn beg cenderamata beserta baju T eksklusif dan jamuan makan ringkas.
Pautan pendaftaran adalah seperti berikut.
https://drive.google.com/open?id=1M0M4DPR2-Dx0_oMNjK1ccazgP4UrdrI7TJx4m1guXEc