Jangan pandang remeh dengan Hyundai Tucson 2.0L CRDI Diesel

oleh DIANA ISMADI|

 

 

Benarkah di Malaysia ini terdapat ramai peminat k-pop? Apa yang mereka gemar sangat dengan artis-artis K-pop ini? Antara faktor mengapa k-pop ini meletup di seluruh dunia adalah mungkin atas sebab artis Korea ini mempunyai kulit gebu putih melepak, rupa paras memang molek, dan yang penting, mereka ini ada gaya yang tersendiri. Sama juga seperti jentera dari Korea ini, Hyundai Tucson, memang ada gaya tersendiri!

 

 

Kali ini kami ingin berkongsi pengalaman memandu uji jentera dari Korea, Hyundai Tucson 1.6L Turbo GDI dan satu lagi varian baharu yang telah diperkenalkan di pasaran Malaysia iaitu 2.0L CRDI Diesel.

 

Hyundai Tucson Diesel careta

 

 

Bila sebut sahaja Korea, memang team Careta (Diana) agak teruja kerana Diana pernah menetap di Korea. Walaubagaimanapun, ini sama sekali tidak akan menjejaskan pandangan kami mengenai Hyundai Tucson yang telah kami cuba pandu ke Ipoh bersama rakan-rakan media yang lain.

 

 

Dengan keunggulan dan kelebihan yang ditawarkan, Tucson tidak boleh dianggap remeh dan ia sememangnya mampu memberi saingan kepada jentera Jepun.

 

 

Hyundai Tucson Diesel careta

 

 

Rupa dan karakter yang gagah


Sekali pandang memang kedua-dua varian Hyundai Tucson ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Ia bukan sahaja sedap mata memandang, malah gabungan rekabentuk yang berani dan “sporty” membuatkan jentera ini nampak cukup meyakinkan.

 

 

Rupa hadapan jentera ini didominasi oleh gril besar dan disatukan dengan lampu utama LED, lampu nyalaan siang (DRL) dengan static bending light; fungsi Auto Hold serta pintu belakang dengan ciri pintar bukaan automatik ketika kunci berada dalam jaraknya.

 

 

Jika dipandang dari belakang pula, apa kata anda? Memang seksi kan? Bagi jejaka yang hendak memikat gadis ala-ala Korea tapi tak mampu beli Hummer, mungkin jentera ini harus menjadi pilihan anda. Kedua-dua varian Tucson hadir dengan rim 17 inci dan pilihan 19 inci.

 

 

Hyundai Tucson Diesel careta


 

Ruang dalaman luas dan praktikal


Sentuhan kemewahan di dalam ruang dalaman kabin sememangnya memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Tempat duduk balutan kulit nampak kemas dengan kemasan jahitan berwarna merah.

 

 

Bagi yang sudah bekeluarga, jangan risau, jentera ini mempunyai ruang belakang yans selesa dengan ruang kepala dan kaki yang luas. Ruang but belakang pula seluas 488L.

 

 

Hyundai Tucson Diesel careta

 

Ia turut dilengkapi dengan sistem infotainment “Android-based audio video navigation”dengan skrin 4.2 inci, AUX, USB dan bluetooth (varian diesel). Bagi varian petrol, ia datang dengan skrin 3.5 inci, AUX dan USB.

 

 

Permukaan papan pemuka yang tidak terlalu lebar membuatkan jentera ini terasa lapang dan luas. Satu ciri yang paling kami suka tentang kedua-dua varian Tucson ini adalah “Eagle’s Eye View” dimana ia dilengkapi dengan empat kamera dan pemandu dapat melihat keadaan luar iaitu sudut pandangan hadapan, kira, kanan dan belakang.

 

 

Hyundai Tucson Diesel careta

 

 

Spesifikasi


Tucson 2.0L Diesel


Ia dikuasakan oleh enjin 2.0L “Common Rail Direct Injection” (CRDI) yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 190PS dan tork 400 Nm dari 1,750 hingga 2,750 rpm dengan kelajuan maksimum 201 km/j.

 

 

Ia dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik. Dari kedudukan pegun, enjin ini boleh mencapai kelajuan 100 km/j dalam masa 9.3 saat. Ia turut dilengkapi dengan penyuntik elektronik piezo yang menyampaikan bahan api pada kadar 1,800 bar.

 

 

Hyundai Tucson Diesel careta

 

 

Tucson 1.6L Turbo Gdi


Ia dikuasakan oleh enjin 1.6L diesel turbo dengan suntikan bahan api T-GDI. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 175hp pada 5,500rpm dan tork maksimum 265Nm bermula daripada 1,500 hingga 4,500rpm. Dipadankan dengan kotak gear tujuh kelajuan automatik berkembar.

 

Hyundai Tucson Diesel careta

 


Bagi kedua-dua varian, respon yang diberikan ketika pedal pendikit ditekan tidak mengecewakan, dan pemanduan rasa begitu menenangkan. Begitu juga tahap kesenyapan, walaupun ramai yang masih menganggap enjin diesel mempunyai bunyi yang sangat bising, anda harus pandu uji jentera diesel dari Hyundai ini dan rasai sendiri apa yang kami katakan.

 


Jika ditanya pada kami, semestinya kami pilih Tucson varian diesel, oleh sebab pemanduan Tucson diesel terasa lebih lasak, bertenaga dan membuatkan kami tak sedar ia sebenarnya dikuasakan oleh enjin diesel. Ini tidak bermakna Tucson varian petrol tidak berkuasa, ia bergantung kepada citarasa masing-masing dan kami rasa lebih selesa ketika memandu Tucson varian diesel.

 

 

Hyundai Tucson Diesel careta

 


Ciri keselamatan


Bagi ciri-ciri keselamatan, Tucson dilengkapi dengan pakej lengkap yang terdiri daripada Vehicle Stability Management (VSM), Hillstart Assist Control (HAC), Downhill Brake Control (DBC) dan Electric Parking Brake (EPB) dengan ciri Automatic Vehicle Hold. Bagi varian 1.6L TGDI dan 2.0L CRDI Diesel ini, ia turut hadir dengan enam beg udara.

 

 


Kejayaan jentera-jentera dari Hyundai ternyata membuatkan kami tersenyum kerana ia bukan hanya bermodalkan penampilan luaran yang segak, malah pengendalian, keselesaan, kestabilan dan pengendalian jentera ini memang memuaskan.

 

Hyundai Tucson Diesel careta

 


Semua varian Tucson yang dijual kini menerima pengiktirafan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia. Varian 2.0L CRDI Diesel ditawarkan pada harga RM155,788, 1.6L Turbo GDI RM145,688 dan 2.0L Elegance RM126,188 (kesemua harga atas jalan tidak termasuk insurans).

 

 

Ia ditawarkan dengan tujuh pilihan warna iaitu “pure white, sepia topaz, pepper grey, platinum silver, ruby wine, ara blue dan phantom black”.

Bagi pilihan warna balutan tempat duduk pula, ia ditawarkan dengan tiga warna iaitu hitam, merah dan putih.

 

 

Semua varian Hyundai Tucson datang dengan jaminan selama lima tahun atau 300,000km had perbatuan dan bantuan tepi jalan 24 jam.

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Apabila disebut sahaja ‘MPV’, pastinya kita akan memikirkan tentang kereta dengan saiz yang panjang…
Informasi
Sedar atau tidak, penggunaan biodiesel bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia kerana semua…
Uncategorized
Proton Holdings Berhad kini masih menjalankan peraduan “Experience the Drive”.   Bagi anda yang…