Jambatan Bagan Datuk - Sejagop penghubung WCE bakal siap menjelang Aidil Fitri

oleh Hamimah Hamid|
JAMBATAN Bagan Datuk - Sejagop yang menghubungkan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) ke kawasan Pasir Salak dan Lumut/Manjung akan mula beroperasi menjelang hari raya Aidil Fitri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, apabila siap pada 20 April nanti, laluan terbabit akan memudahkan perjalanan penduduk di kawasan utara Perak ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Apabila jambatan yang menghubungkan WCE ini siap nanti, ia akan memudahkan penduduk dari utara Perak untuk ke Kuala Lumpur, begitu juga kalau dari Kuala Lumpur nak ke utara.

“Hanya kira-kira satu jam setengah, sangat menjimatkan masa pengguna jalan raya,” katanya.

Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, jambatan terbabit yang sepatutnya siap pada Oktober 2020 tergendala lebih dua tahun ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kenaikan kos bahan binaan serta tenaga kerja.

Katanya, jambatan Bagan Datuk - Sejagop sepanjang 10.5 kilometer yang mula dibina pada akhir 2016 dengan kos RM406 juta telah siap 97 peratus.

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata, hanya lima tiang belum siap dan kini dalam fasa akhir.

Katanya, apabila siap nanti laluan yang menghubungkan WCE itu akan membuka pelaburan ke Bagan Datuk dan Pasir Salak.

Ketika ditemubual

Setakat ini jelas beliau, perbincangan telah dibuat dengan dua pelabur untuk membina kilang di seberang kedua-dua jambatan terbabit dan dijangka akan membuka 4,000 peluang pekerjaan baru.

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata berkata demikian kepada media selepas meninjau tapak pembinaan jambatan Bagan Datuk - Sejagop petang tadi.