Jambatan Bagan Datuk dibuka hari ini

oleh Hamimah Hamid|
JAMBATAN Bagan Datuk melibatkan laluan dari Bagan Datuk ke Kampung Sejagop dibuka hari ini.

Acara simbolik pelancaran itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan pelepasan pasukan penunggang basikal dan motosikal berkuasa besar di jambatan tersebut jam 9.40 pagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jambatan sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu yang menghubungkan kawasan Parlimen Pasir Salak dan Bagan Datuk akan menjimatkan masa penduduk untuk ke pekan berdekatan iaitu mengambil masa hanya 15 minit berbanding sejam menggunakan laluan sebelum ini.

 

Jambatan menyeberangi Sungai Perak itu dilihat dapat membantu pembangunan ekonomi kedua-dua kawasan berkenaan.

 

Menurut Ahmad Zahid, pembukaan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop dan laluan baharu bas henti-henti MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) yang dilancarkan itu berjaya menarik sekurang-kurangnya tiga syarikat pelabur termasuk luar negara.

 

Mengesahkan perkembangan itu berkata, beliau sudah menerima surat daripada ketiga-tiga pelabur berkenaan selain mengadakan pertemuan bagi melakukan rundingan.

 

"Satu adalah pembinaaan kilang kenderaan oleh sebuah syarikat tempatan yang membuat kenderaan penumpang dan perdagangan ringan. Bagaimanapun, mereka bercadang membina kilang kenderaan berat di Bagan Datuk.

 

"Ia adalah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia," katanya selepas melancarkan laluan baharu bas henti-henti MLSB di sini, hari ini. 

 

Ahmad Zahid berkata sebuah syarikat limbungan untuk pembaikan kapal serta pembinaan kapal dari Turkiye turut berminat untuk melabur di Bagan Datuk bagi menampung keperluan pembaikan kira-kira 75,000 kapal perdagangan yang melalui Selat Melaka.

 

"Kini pembaikan kapal dilakukan di Singapura. Oleh kerana bebanan limbungan dan pembaikan kapal di Singapura tidak dapat menampung permintaan, maka saya mengadakan perbincangan dengan syarikat dari Turkiye itu untuk membina pelabuhan pembaikan kapal itu di Bagan Datuk.

 

"Jika ia siap kelak ianya membuka peluang kerja 2,500 pekerjaan baru. Ini (tiga pelabur berminat datang) semata-mata kerana jambatan dan jalan baru ke Bagan Datuk," katanya.