Jalur Gemilang berkibar di Litar Silverstone, trio pemandu Malaysia raih tempat kedua!

oleh Mohamad Hanif|
Trio anak muda negara, Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri dan Weiron Tan berjaya mengharumkan nama negara dengan meraih kedudukan podium pertama mereka pada perlumbaan World Endurance Championship (WEC) di Silverstone, ahad lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mereka yang merupakan antara rakyat Malaysia yang pertama bertanding di dalam kejuaraan berprestij itu walaubagaimanapun tidak mendabik dada dengan keputusan tersebut dan berazam untuk berusaha lebih keras menjelang pusingan berikutnya di Fuji. 

 

Memandu jentera bernombor 37 ORECA Gibson mewakili pasukan Team Jackie Chan DC Racing X Jota Sport di dalam kelas LMP2, persembahan yang ditunjukkan oleh anak muda tersebut mengkagumkan ramai pihak apabila berjaya mengukuhkan kedudukan teratas ketika sesi kelayakan perlumbaan 6 Jam Silverstone. 

Gandingan ketiga-tiga tenaga anak muda tersebut berjaya meletakkan mereka di tangga kelima secara keseluruhan dan tempat kedua di dalam kelas LMP2 di belakang rakan sepasukan #38. 

Pemenang keseluruhan perlumbaan tersebut disandang oleh Rebellion Racing R13 Gibson (pemandu: Gustavo Menezes, Thomas Laurent dan Mathies Beche) setelah kedua-dua jentera daripada pasukan Toyota hilang kelayakan pada pusingan tersebut. 

Jazeman yang sedikit tertekan akibat masalah yang melanda ketika perlumbaan melahirkan rasa syukur dapat menghabiskan perlumbaan di tempat kedua walaupun mempunyai banyak peluang untuk merampas tempat teratas. 
 


Mengiyakan kata-kata Jazeman, Nabil pula berazam untuk melakukan yang lebih baik untuk pusingan berikutnya yang bakal berlangsung di Litar Fuji. 

Weiron di dalam satu kenyataan menyifatkan kejayaan mereka sebagai satu pengalaman yang pahit dan manis dalam masa yang sama. 

"Kemenangan sememangnya di dalam genggaman, malangnya masalah tayar bocor yang melanda ketika perlumbaan sedikit menjejaskan semangat kami ketika itu. Walaubagaimanapun, kejayaan meraih tempat kedua (dalam perlumbaan) merupakan satu pencapaian yang cukup besar buat kami," tambah beliau. 

Trio anak muda Malaysia melakukan perlumbaan sulung ketika pusingan pembukaan bertempat di Litar Spa-Francorchamps dengan kemenangan di tempat kesembilan dan empat di dalam kelas LMP2, manakala pusinga kedua pula berlangsung di Le Mans dengan kemenangan di tempat kelapan secara keseluruhan dan empat di dalam kelasnya. 

Pusingan berikut merupakan perlumbaan 6 Jam Fuji bertempat di Fuji Speedway pada Sabtu, 14 Oktober ini. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Toyo Tire, Takashi Shimizu, berkata selepas penamatan…