Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Pekan melalui notis pemberitahuan menasihatkan pengguna agar berhati-hati ketika melalui laluan tersebut dan sentiasa mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan.
Kesulitan dihadapi pengguna ekoran penutupan jalan itu mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Seri Paduka Baginda berkenan berangkat meninjau lokasi itu pada 11 Januari lalu.
Sempena lawatan itu, Al-Sultan Abdullah menitahkan agar kerja-kerja pemasangan jambatan bailey di laluan itu disegerakan selepas diberikan taklimat oleh Pengarah Kerja Raya Pahang, Datuk Ir Hafizah Zakaria tentang situasi semasa kerja-kerja pembaikan jalan itu.
Jambatan sepanjang 30 meter dengan lebar sembilan meter itu dihadkan hanya kepada kenderaan tidak melebihi 20 tan dan boleh dilalui kedua hala bagi mengurangkan gangguan lalu-lintas.