Jaguar serah 10 unit pertama teksi elektrik I-Pace di Jerman

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan cubaan Jaguar untuk memberikan impak yang signifikan di dalam pasaran teksi penumpang di Jerman, dengan menggunakan SUV elektrik I-Pace.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Oleh kerana jenama Mercedes-Benz merupakan pemegang terbesar pasaran teksi di sana, Jaguar percaya dengan hala tuju negara yang kini mengadaptasi penggunaan kereta elektrik, ia mampu menguasai pegangan tersebut daripada Mercedes dan pengeluar teksi yang lain. 

Bandar Munich menyokong penuh usaha untuk mengadaptasi penggunaan teksi elektrik dengan memberikan subsidi tambang sebanyak 20 sen untuk setiap kilometer dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar. 

Menurut ketua eksekutif Jaguar, Ralf Speth berkata, "kami mahu menjemput lebih ramai rakyat Munich untuk memandu sebuah Jaguar berkuasa elektrik."

Walaubagaimanapun, infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik di Jerman yang agak ketinggalan menyebabkan ia mengambil masa kira-kira 10 jam untuk mencapai kapasiti bateri sebanyak 80%, menjadikan ia tidak mesra pengguna bagi sesetengah pemandu. 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…
Berita Global
  Model klasik Jaguar XK140 1954 ini menggunakan warna biru muda dan setiap pelanggan Lunaz boleh…
Berita Global
Unit bateri daripada model prototaip I-Pace telah dikeluarkan dan digunakan kembali untuk mencipta…