JAC E10x peroleh sifar bintang dalam ujian kemalangan Latin NCAP

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Pada pusingan terakhir ujian kemalangan Latin NCAP 2022, pelbagai kereta telah diuji termasuk sebuah EV mini dari China iaitu JAC E10x dimana model tersebut menerima sifar bintang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

JAC merupakan jenama yang dilancarkan pada tahun 2018 dengan kerjasama diantara syarikat SEAT dan JAC Volkswagen Automotive.

 

jac

 

JAC E10x merupakan sebuah EV yang dilancarkan pada tahun 2021 dan kini sedang dinilai dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Amerika Latin.

E10x didatangkan standard dengan 2 beg udara manakala ESC ditawarkan sebagai pilihan, EV tersebut memiliki sifar bintang kerana ianya tidak memutuskan kuasa secara automatik semasa ujian pelanggaran hadapan.

 

test

 

Hal tersebut membimbangkan kerana pemotongan kuasa kecemasan masih gagal berfungsi dan mengakibatkan bateri EV masih disambungkan walaupun sistem menyatakan ia dimatikan.

Memburukkan lagi penilaian apabila berlaku kehausan tayar yang berlebihan semasa penilaian kawalan kestabilan elektronik kereta mendorong Latin NCAP untuk menghentikan ujian.

 

2

 

JAC E10x telah diuji untuk hentaman hadapan, hentaman sisi, whiplash dan perlindungan pejalan kaki, dimana ia memiliki 0.00 peratus untuk penumpang dewasa, 6.34 peratus untuk penumpang kanak-kanak, 20.25 peratus untuk perlindungan pejalan Kaki dan pengguna jalan raya terdedah dan 6.98 peratus untuk bantuan keselamatan.

Latin NCAP berkata, "Model itu menunjukkan struktur dan kawasan tapak kaki yang tidak stabil pada hentaman hadapan dengan perlindungan lemah pada dada pemandu, bermaksud kebarangkalian tinggi kecederaan mengancam nyawa membawa kepada sifar mata dalam kemalangan hadapan untuk keselamatan orang dewasa."

 

Sumber: Latin NCAP

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ya, anda tidak salah baca, trak pikap dengan nama Hantu akan dilancarkan secara rasmi di Auto…
Berita Global
Dengan angka penghasilan dan jualan yang semakin meningkat saban tahun, pasaran China merupakan…
Berita Global
Semenjak Januari 2022, kereta jenama China mempunyai 9.6 % bahagian dalam pasaran Rusia. Angka…