Isuzu tetap unggul di tempat pertama bagi kenderaan komersil

oleh SALINA JALIL|
Isuzu Malaysia menyambut kedatangan tahun 2018 dengan penuh bersemangat apabila dicatatkan sebagai jenama pilihan No. 1 di Malaysia untuk segmen kenderaan komersial. Kedudukan di tangga teratas ini telah berjaya diraih selama empat tahun berturut-turut.

Walaupun berhadapan dengan pasaran yang tidak menentu, di samping penurunan nilai matawang ringgit yang mengakibatkan kenaikan harga, Isuzu Malaysia bukan sahaja masih dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai jenama pilihan No. 1 untuk kenderaan komersial, malah berjaya meraih 13% bahagian pasaran dalam segmen pikap, selain dari peningkatan jualan sebanyak 20% untuk alat ganti selepas-jualan.
Merdeka Bonanza

Berdasarkan maklumat jualan keseluruhan yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Persatuan Automotif Malaysia (Malaysian Automotive Association), didapati trak Tugas Ringan Isuzu ELF masih menjadi pilihan utama, dengan 5,237 unit terjual pada tahun 2017. Walaupun penurunan kecil dikesan pada Jumlah Volum Industri (Total Industry Volume), Isuzu masih berupaya untuk meningkatkan bahagian pasaran yang dipegang dalam segmen kenderaan komersial, iaitu sebanyak 37.1%, jika dibandingkan dengan 36.3% pada tahun 2016.

 

Sewaktu ucapan Tahun Baru, Koji Nakamura, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd, menyampaikan penghargaan dan kegembiraan beliau di atas kemampuan Isuzu untuk berdiri teguh sebagai satu syarikat yang kukuh, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan ekonomi pada tahun 2017. Tambahan pula, Nakamura menyatakan bahawa nilai jangka panjang yang ditawarkan serta kepercayaan pihak awam terhadap jenama Isuzu memainkan peranan yang sangat penting dalam pengekalan Isuzu sebagai jenama pilihan kenderaan komersial No. 1 di Malaysia selama empat tahun berturut-turut.

 

 

Selain daripada kualiti trak yang kukuh dan kebolehpercayaan terhadap jenama Isuzu, Nakamura juga percaya bahawa kejayaan hebat Isuzu pada tahun 2017 terhasil melalui perkhidmatan cemerlang yang ditawarkan oleh staf-staf yang berpengalaman luas, di samping syarikat-syarikat pengedar Isuzu Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam memastikan hubungan yang baik dengan para pelanggan.

Menurut Nakamura, “Syarikat yang berjaya harus mempunyai wawasan perniagaan yang bagus. Untuk tahun 2018, strategi kami adalah untuk memastikan kepuasan hati pelanggan sentiasa diutamakan. Kami akan meneruskan usaha agar keperluan para pelanggan dikendalikan dengan penuh perhatian, di samping memastikan penyediaan perkhidmatan selepas-jualan yang tiada tandingan. Walaupun keadaan ekonomi kurang memberangsangkan, amatlah penting untuk sentiasa meneruskan usaha untuk menawarkan nilai tambahan kepada para pelanggan kami.”

 

isuzu 1

 

“Kebolehan Isuzu untuk mengekalkan kedudukan di tempat pertama selama empat tahun berturut-turut adalah bukti kecemerlangan kualiti rangkaian produk kami. Selain itu, perkhidmatan mesra dan cekap yang kami sediakan di kesemua Pusat Jualan dan Servis di seluruh negara juga merupakan faktor penting yang mendorong kepada kejayaan ini. Tambahan pula, ini membuktikan kemampuan Isuzu sebagai kenderaan komersial yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan masakini, yang menawarkan penjimatan masa dan keberkesanan kos untuk pelbagai jenis urusan lojistik,” tambah beliau lagi.

Sepertimana yang tercatat oleh persatuan MAA pada tahun 2017, selain daripada prestasi jualan trak Tugas Ringan Isuzu ELF yang sangat memberangsangkan, jumlah jualan kenderaan komersial Isuzu dalam kategori Tugas Sederhana, Tugas Berat dan Penggerak Utama juga telah membantu dalam menganjakkan lagi jenama Isuzu menjadi pilihan No. 1 untuk kenderaan komersial di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari www.isuzu.net.my.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Murata mula berkhidmat di Isuzu Motors Limited sejak tahun 1998, dan mempunyai pengalaman selama…
Berita Domestik
Harga baru ini akan berkuatkuasa sehingga pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).  
Berita Domestik
Sesi perjumpaan kali ini bukan sahaja memberi kesempatan kepada Isuzu Malaysia untuk berhubung…