Isuzu sumbang trak N-Series bagi kerja amal kepada PBSM

oleh DIANA ISMADI|

Isuzu Malaysia baru-baru ini telah menyumbangkan sebuah trak Isuzu N-Series 5,000kg kepada pasukan sukarela Pasukan Bulan Sabit Merah (PBSM) untuk menghantar bantuan kepada semua mangsa di dalam keaaan kecemasan.

 

Trak ini adalah kegunaan pada waktu kecemasan dengan musim tengkujuh yang akan melanda pada hujung tahun, banjir dan bencana alam yang lain terutamanya di negeri-negeri pantai timur di Semenanjung Malaysia.

 

Bagi membantu ahli-ahli sukarelawan meneruskan operasi menyelamat, mereka memerlukan kenderaan seperti bot, kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan lori untuk memindahkan barang, mengagihkan barang-barang keperluan dan bekalan lain dimana perlu dilakukan secara sistematik dan pantas

 

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka telah menyerahkan kunci trak Isuzu kepada Setiausaha Agung Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Dato’ Sayed A. Rahman bin Sayed Mohd dan berharap sumbangan itu dapat meningkatkan lagi kecekapan persatuan tersebut untuk membantu mereka yang memerlukannya.

 

“Persediaan yang mantap boleh memberi kesan besar ketika berdepan dengan bencana alam. Dengan menyumbang sebuah trak yang efisien dan antara yang paling boleh dipercayai di pasaran sekarang kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, kami dari Isuzu berharap dapat menyumbangkan sesuatu kepada persatuan sukarela dalam memberi initiatif terbaik untuk membantu mangsa bencana alam,” kata Matsuoka.

 

Trak lori Isuzu N-Series 5,000kg daripada Isuzu Malaysia itu dilengkapi badan kotak beraluminium yang disumbangkan oleh Sri Hoong Huat Auto Trading Sdn Bhd (LEW’s), iaitu salah sebuah syarikat pembina badan trak utama di Malaysia.

 

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Uncategorized
Unit yang disumbangkan itu dilengkapi enjin Common Rail terkini untuk kegunaan akademik para…
Berita Domestik
Kepuasan pelanggan terhadap pengalaman pembelian kenderaan baharu telah meningkat di Malaysia…
Berita Domestik
  Isuzu Malaysia hari ini telah merasmikan SUV tujuh tempat duduk Isuzu yang baharu iaitu MU-X…