Isuzu sumbang trak kepada Universiti DRB-HICOM untuk kegunaan akademik

oleh DIANA ISMADI|
Baru-baru ini, Isuzu Malaysia telah menyumbangkan sebuah unit trak Isuzu ELF NPR 6-roda kepada Universiti DRB-HICOM - universiti automotif terkemuka negara.
Promosi Duit Raya

Unit yang disumbangkan itu dilengkapi enjin Common Rail terkini untuk kegunaan akademik para pelajar yang mengikuti kursus-kursus Diploma dan Ijazah di universiti tersebut.

 

Sewaktu majlis penyerahan, Ketua Pegawai Operasi di Isuzu Malaysia, Mikio Tsukui, telah menyerahkan kunci replika simbolik kepada Dekan Fakulti Pasca Siswazah Universiti DRB-HICOM, Prof. Dr. Abd Rahni bin Mat Piah.

 

Sumbangan yang telah dilakukan itu bertujuan bagi meningkatkan lagi pengalaman akademik para pelajar di universiti tersebut.

 

“Sumbangan ini menawarkan para pelajar peluang unik untuk mendalami teknologi enjin terkini dari Isuzu, yang pastinya akan memberi impak hebat terhadap sektor selepas jualan automotif dalam tempoh jangka masa panjang,” menurut Tsukui.

 

Trak Isuzu ELF NPR 6-roda daripada Isuzu Malaysia ini dilengkapi enjin 5.2 liter dan transmisi enam kelajuan dengan Unit Kawalan Eletronik (ECU), selain daripada nisbah gear terakhir (final gear ratio) sebanyak 5.125.

 

 

 

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Harga baru ini akan berkuatkuasa sehingga pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).  
Berita Domestik
Sesi perjumpaan kali ini bukan sahaja memberi kesempatan kepada Isuzu Malaysia untuk berhubung…
Berita Domestik
Sebanyak dua unit Isuzu GIGA FXZ360 diserahkan kepada syarikat pembinaan dari Terengganu itu.…