Isuzu Malaysia mengekalkan kedudukan nombor satu selama lima tahun berturut-turut di dalam segmen kenderaan komersil pilihan rakyat Malaysia.
Pencapaian ini adalah berdasarkan maklumat jualan keseluruhan bagi tahun 2018 yang baharu sahaja dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 6,036 unit merangkumi trak Isuzu daripada pelbagai segmen, Isuzu Malaysia juga mendahului jualan bagi segmen kenderaan komersil dengan perbezaan sebanyak 584 unit berbanding pesaing terdekat.
Berucap ketika sambutan Tahun Baru, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd Koji Nakamura melahirkan rasa penghargaan beliau kepada rakan perniagaan, serta pihak pentadbiran dan staff Isuzu Malaysia atas kejayaan ini.