Isuzu D-Max Arctic Trucks Stealth - Hanya 10 unit di dunia!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Walaupun United Kingdom berada bebelas ribu kilometer dari negara ASEAN, tawaran pikap di sana membuatkan ia terasa seperti berada dalam benua yang sama.

Harga pikap di UK sebenarnya lebih tinggi atau mungkin satu-satunya kenderaan yang lebih mahal berbanding dengan harga kenderaan di ASEAN.

Variasi pikap yang ditawarkan agak menggiurkan dan seperti mahu bertanding dengan pikap negara ASEAN.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Isuzu D-Max Arctic Trucks Stealth

 

Paling baharu ialah Isuzu D-Max Arctic Trucks Stealth yang dilancarkan sempena Pameran Kenderaan Komersil 2018 (CV Show) UK yang sedang berlangsung minggu ini.

Pikap ini betul-betul eksklusif apabila Isuzu hanya mengeluarkan 10 unit terhad yang siap dengan tanda nombor untuk memelihara keasliannya.

Stealth ini sebenarnya adalah varian D-Max yang sebelum ini telah dinaik taraf kepada model popular Isuzu D-Max Arctic Trucks AT35 Double Cab Automatic.

 

Isuzu D-Max Arctic Trucks Stealth

 

Satu ciri yang menjadikannya tampak jahat ialah warna Cosmic Black Mica yang memberikan efek penampilan yang begitu kuat.

Hampir kesemua bahagian luaran pikap ini dilengkapi perkakasan hitam seperti palang bumbung, pemijak sisi, gril radiator, gelungan lampu kabus depan, kemasan bamper belakang, cermin sisi, pembuka pintu dan logo Isuzu dan D-Max Arctic Trucks di belakang pikap.

Bahagian dalaman pula dirias dengan balutan kulit yang direka khas untuk pikap ini. Sistem multimedia juga hebat iaitu 9” Multifunction Colour Touchscreen (dengan logo Arctic Trucks), sembilan pembesar suara termasuk subwoofer dan sambungan HDMI.

 

Isuzu D-Max Arctic Trucks Stealth

 

Isuzu D-Max Arctic Trucks Stealth ini bukan untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia pikap dan lebih ngam untuk mereka yang berjiwa lasak dan mafia.  

Dengan itu harganya juga agak ganas, hanya GBP 44,005.00 atau RM 237,609.66.

Jadi bagaimana? Harganya sudah setara dengan Mercedes-Benz A-Class baharu yang dijual Mercedes-Benz Malaysia.

Penulis: Muhammad Md Tajudin