Isu viral peluang pekerjaan di Perodua - PALSU

oleh HEZERI SAMSURI|
Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh hari ini berkata Perodua tidak pernah menggunakan pihak ketiga dalam proses mencari pekerja baharu.

Menurut Aminar, Perodua mendapati posting di dalam Whatsapp dan laman web pihak ketiga yang kini tular itu dimuat-naik sejak 24 Jun 2018.
Merdeka Bonanza

Malah menurutnya, berita itu masih wujud di dalam laman web pihak ketiga tersebut. Careta juga sudah memeriksa dan semasa berita ini ditulis, iklan itu memang masa dipaparkan lagi di laman web mencari jawatan kosong dalam Bahasa Malaysia itu. 

Perodua sudah meminta bantuan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenalpasti pemilik laman web dan akaun Whatsapp tersebut dan menurunkan informasi yang salah itu.

 

 

Syarikat itu juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan kekeliruan itu.

Perodua hanya akan mengiklankan peluang pekerjaan di syarikat itu di dalam laman web rasmi mereka iaitu di www.perodua.com.my

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Kempen Kemalangan Sifar Perodua ini disokong oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh memberitahu Perodua…
Berita Domestik
  Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato' Dr Zahari Husin berkata para peserta dinilai…