Isu QC Tesla - tiada siapa perasan perbezaan warna pada panel pintu Model 3 ini

oleh Mohamad Hanif|
Dalam keghairahan Tesla mengejar sasaran untuk mencapai jumlah unit produksi sebanyak 5,000 unit dalam masa seminggu, terdapat beberapa isu yang timbul akibat tindakan tergesa-gesa mereka itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika sebelum ini kita telah mendengar isu bumper belakang Tesla Model 3 yang mudah tercabut ketika hujan lebat, kali ini cerita yang timbul kedengaran sedikit melucukan. 


Sebuah Tesla Model 3 Performance direkodkan mempunyai sebuah panel pintu yang berwarna perang tatkala ketiga-tiga panel pintu yang lain berwarna putih. 

Ini menimbulkan kemusykilan kerana tiada seorang pun pegawai QC di dalam kilang tersebut yang perasan perbezaan warna dalaman yang dikesan pada kereta berwarna Pearl White Multi-coat ini, walaupun sudah melepasi beberapa checkpoint pemeriksaan sebelum dibenarkan keluar secara rasmi. 
 

 

Jika anda melihat gambar yang ditunjukkan, sudah jelas dan nyata perbezaan di antara warna pada keempat-empat panel pintu tersebut sepatutnya mudah untuk dikesan walaupun pegawai pemeriksaan itu seorang kanak-kanak yang baru memasuki darjah satu. 

Entah apa badi yang menimpa kilang Gigafactory kali ini sehinggakan beberapa isu berkenaan kawalan kualiti sudah banyak terlepas ke tangan para pelanggan, isu yang tidak wajar berlaku bagi sebuah syarikat yang terkenal dengan kehebatan teknologi yang ditawarkan. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, Tesla Malaysia turut mengumumkan pembukaan pusat servis yang terletak di…
Berita Global
Menariknya, Tesla baru-baru ini mengesahkan sebuah varian Performance yang lebih berkuasa dijangka…