Isu kereta nasional baharu - lagi surat terbuka ditulis untuk Tun Mahathir

oleh HEZERI SAMSURI|
Agenda syarikat automobil nasional baharu untuk menggantikan Proton masih lagi menjadi persoalan ramai.

Walaupun ada ramai yang menyokong, kesemuanya masih tidak menjawab banyak persoalan penting untuk industri automotif negara. Dengan wujudnya pelabur-pelabur asing, persoalan yang wujud dianggap kritikal kerana ada yang sudah mahu menarik "handbrake" kerana tidak mahu pelaburan yang dilakukan di Malaysia menjadi sesuatu yang sia-sia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terbaharu, Yamin Vong, bekas pengarang (editor) untuk Cars Bikes and Trucks dari New Sunday Times yang kini bernaung di bawah penerbitan online beliau sendiri, MotorMe.my telah menulis sebuah artikel ringkas mengenai pendapat beliau terhadap cadangan penghasilan jenama nasional kedua itu.

Yamin ialah antara pengarang automotif yang veteran dan hasil penulisan beliau seringkali menjadi bahan perbincangan di kalangan pemain industri automotif dan juga pernah beberapa kali dijadikan bahan rujukan untuk perbahasan di dalam Parlimen.

 

 

Pandangan berani beliau dari segi industri dan perdagangan automotif bukan hanya menggunakan alasan-alasan sentimental atau sentimen sokongan buta, tetapi didukung dengan fakta-fakta yang kukuh.

Yamin juga adalah antara pejuang 4X4 veteran dan pernah menyertai acara Camel Trophy di Madagascar dan juga perjalanan Petronas Adventure Team. 

Di bawah ialah artikel beliau yang telah Careta alih-bahasakan.

 

Surat terbuka kepada Tun Dr Mahathir

Ke hadapan Tun Dr. Mahathir,

Merujuk kepada perkembangan terbaharu berkenaan industri automotif negara, saya dengan rendah hati menyeru kepada Tun supaya berhenti seketika berfikir hal automotif dan menumpukan perhatian kepada pendakwaan kes salah laku kerajaan sebelum ini. 

Saya fikir, inilah kehendak majoriti rakyat Malaysia yang mahukan kerajaan Harapan lakukan buat masa ini. 

Ketepikan dahulu soal projek kereta nasional, apa yang kami impikan ialah sebuah sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan mampu memberikan akses tersebut kepada lebih ramai pengguna. 

Sehinggalah perkara tersebut dapat dicapai, apa yang kami mahukan ialah pilihan kereta yang bagus, cukai yang dikurangkan dan/atau tawaran rebat kepada kenderaan-kenderaan yang tidak mencapai spesifikasi terkini. 

Berkenaan isu projek kereta nasional terbaharu bagi menggantikan Proton, kami fikir idea tersebut bakal tenggelam dengan isu-isu yang lebih besar seperti mana yang berlaku pada tempoh semasa. 

Namun, apabila idea kenderaan nasional Indonesia-Malaysia timbul, dan melihatkan kepada kecerdikan Tun di dalam hal-hal yang berkaitan (rujuk http://careta.my/article/pm-mahu-syarikat-pengeluar-alat-ganti-china-bantu-pengeluar-tempatan), saya pasti Tun mampu menarik sesuatu yang luar biasa. 

Akan tetapi, kami berharap agar Tun kekal fokus kepada membetulkan kembali institusi kerajaan dan sistem pentadbiran sedia ada. 

Di dalam suasana keterbukaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Harapan, mengapa tidak kita rujuk kembali kepada isu asal dan mengaku bahawa projek Proton sebenarnya gagal disebabkan dua faktor utama:

Kerajaan tidak mampu untuk menguruskan syarikat kereta
Malaysia menawarkan skala yang tidak mencukupi untuk pembikinan kereta

Bukanlah salah Proton semata-mata apabila Thailand menjadi Detroit Asia disebabkan Tun berjaya menangkis serangan spekulasi mata wang yang menyerang Baht Thailand. 

Bahkan, apabila Tun menentang IMF dan pada masa yang sama berjaya menyelamatkan Malaysia daripada Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998/1999, sedikit sebanyak ia telah menjadikan Thailand sebagai destinasi pilihan para pelabur, berbanding Malaysia itu sendiri. 

Insiden ini melihatkan beberapa syarikat pengeluar seperti Toyota, Honda dan Mitsubishi (sekadar menyebut beberapa jenama) bertindak memindahkan operasi pengeluaran trak pikap mereka ke Thailand sebagai hub global. 

National Automotive Policy (NAP) sekiranya dilaksanakan dengan betul akan menarik lebih banyak pengeluar untuk melabur, dan sektor swasta inilah yang akan menghidupkan semula industri automotif negara, tiada keperluan untuk Malaysia mengadakan sebuah lagi projek kenderaan nasional.

Ini merupakan satu cabaran kepada Malaysia Automotive Institute (MAI) sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi melaksanakan tugas-tugas tersebut. 

Sebelum ini, polisi NAP 2.0 dibawah seliaan MAI telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai tapak utama bagi kenderaan plug-in hybrid (PHEV) Volvo serta menjadikan Malaysia pasaran kedua terbesar bagi BMW X5 PHEV. 

NAP 3.0 kini di dalam fasa perlaksanaan dengan tujuan utama untuk memperkasakan kenderaan elektrik dan pemanduan autonomi sebagai elemen utama industri automotif negara di bawah pentadbiran Menteri MITI yang baharu, YB Darrel Leiking. 

Saya berharap Tun tidak mudah lupa bahawa Tun juga merupakan tunggak utama di dalam perlaksanaan polisi AP sehingga memberikan keuntungan kepada ahli politik Barisan Nasional serta rakan-rakan bisnes mereka. 

Ini merupakan masa yang sesuai untuk merombak kembali sistem ini supaya kerajaan terus mendapatkan hasil yang sewajarnya daripada memasuki kantung-kantung individu.

Artikel ini diterjemahkan dari garapan sebenar Yamin Vong di dalam artikel "Tun-Please Stop Playing With Cars" dari laman web motorme.my

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebenarnya, jarang kami dapat menemuramah Tengku Azizan ini kerana ayah kepada dua orang cahaya…
Berita Domestik
  Perdana Menteri berkata negara BELUM BERSEDIA menggunakan kereta terbang sebagai satu sistem…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara hakikatnya, tidak semua yang memiliki konsesi lebuh raya yang mendapat…