Penggunaan cadmium adalah biasa pada komponen elektrik yang terdapat pada televisyen, namun ia adalah dilarang sama sekali untuk digunakan pada komponen kereta.
Hasil dapatan ini dibongkar oleh akhbar mingguan Jerman Wirtschaftswoche yang mendakwa terdapat syarikat pembekal yang tidak dikenali telah menghantar pengecas bateri yang mengandungi cadmium kepada syarikat pengeluar dari Jerman itu.
Menurut laporan itu lagi, pengecas elektrik tersebut boleh didapati pada sebilangan kenderaan elektrik dan hibrid Volkswagen, Audi dan Porsche yang diproduksikan pada tahun 2013 sehingga Jun 2018.
Sebuah lagi laporan yang dikeluarkan oleh The Local menyebut kenderaan yang "terjejas" akibat cadmium sebenarnya tidak mendatangkan bahaya kepada para pemandu oleh kerana kandungan 0.008 gram cadmium itu dilindung dengan kemas daripada udara.
Walaubagaimanapun, pihak Volkswagen mengambil langkah selamat dengan menghentikan tempahan Golf GTE pada Mei lalu selepas pendedahan dibuat.