Isu AES: Kes salah laku lalu lintas meningkat tiga kali ganda - Menteri Pengangkutan

oleh Mohamad Hanif|
Jumlah kesalahan trafik didapati meningkat tiga kali ganda berikutan pembatalan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dicatatkan sebelum 1 September, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Loke berkata semasa tempoh sifar saman bermula dari 17 Ogos hingga 31 Ogos, sistem yang kini dikenali Sistem Keselamatan Kesedaran Awam (AWAS) mencatatkan sejumlah 15,000 kes berbanding purata sebelumnya 5,000 kes.

“Kami tidak mempunyai niat untuk menghukum pemandu tetapi kami mahu memastikan pemandu lebih bertanggungjawab di jalan raya, selain menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Loke berkata daripada jumlah kes yang tercatat, terdapat pemandu yang sengaja melanggar lampu isyarat merah dan memandu melebihi had laju yang dibenarkan

“Kami berharap dengan pelaksanaan sistem (AWAS) akan mengurangkan bilangan pesalah undang-undang lalu lintas di jalan raya,” kata Loke seperti yang dikemukakan oleh portal berita dalam talian.

Sebelum ini kami telah melaporkan JPJ telah mengambil alih operasi kesemua 45 kamera AWAS berkuatkuasa 1 September ini yang terdiri daripada 29 unit kamera perangkap had laju dan selebihnya kamera lampu isyarat.

Malah, JPJ juga kini sedang merancang untuk menambah lagi bilangan kamera perangkap had laju dan kamera lampu isyarat di beberapa lokasi yang berisiko untuk mengurangkan kadar kemalangan di kawasan terbabit.

 


Bermula daripada 1 September 2018, bayaran saman minima sebanyak RM300 akan dikenakan dan bukan lagi saman bernilai RM150, di mana para pesalah hanya mempunyai masa selama 60 hari sahaja untuk menyelesaikan bayaran saman tersebut. 

Mata demerit Sistem Kejara juga akan dikenakan bagi setiap kesalahan yang tidak mematuhi undang-undang had laju dan lampu isyarat merah.

Malah, anda juga bakal berpeluang untuk menerima penggantungan lesen selama tiga kali dalam tempoh lima tahun di bawah sistem Kejara atau pembatalan lesen jika disabitkan kesalahan berulang. 

Manakala bagi pengguna jalan raya yang berhemah bakal menerima diskaun bayaran insurans apabila mereka memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan pada hari Isnin, sehingga kini terdapat kira-…
Berita Domestik
  Kerajaan akan memutuskan akan kedudukan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Atuomatik (AES) dalam…