Istana Pahang - Dilarang pamer, lekat lambang darjah kebesaran pada kenderaan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Penerima-penerima Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur dilarang mempamerkan atau melekatkan lambang Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang pada kenderaan masing-masing.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah Mencegah Penggunaan Tidak Wajar Pahang 2017 diperuntukkan bagi mencegah penggunaan tidak wajar lambang yang ditetapkan, gelaran atau anugerah dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah adalah dengan ini diberi peringatan kepada penerima-penerima Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur untuk tidak mempamerkan atau melekatkan lambang Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang pada kenderaan," kata beliau dalam kenyataan pada Sabtu.

Ujar beliau, penerima yang didapati melanggar dan melakukan kesalahan di bawah enakmen ini akan berhadapan tindakan penarikan balik Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat yang telah dikurniakan.

"Selanjutnya bagi mana-mana individu yang didapati menggunakan gelaran palsu boleh didakwa di bawah peruntukan yang sama.

"Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini mohon kerjasama dari pihak Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk mengambil tindakan penguatkuasaan bagi mereka yang melakukan kesalahan tersebut," tambah beliau.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya mencadangkan pengguna jalan raya Singapura yang lakukan kesalahan tidak boleh masuk memandu…
Berita Domestik
"Hasil pemeriksaan itu, sebanyak 44 bas diambil tindakan dengan 13 daripadanya tidak dibenarkan…
Informasi
Beliau berkata, larangan tersebut bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang musim perayaan…