Insurans kenderaan pelancong di Thailand

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Insurans kenderaan atau Compulsory Motor Insurance adalah wajib bagi semua kenderaan yang hendak memasuki Thailand dan ia adalah menurut Akta Mangsa Kemalangan Kenderaan Bermotor 1992 (Thailand).

Seperti negara kita, Insurans Pihak Ketiga (third party insurance) adalah pakej insurans paling minima yang anda perlu ada tetapi ia mempunyai had perlindungan yang sangat minima.

Menurut  Soontorn Noiboonma atau lebih dikenali sebagai Micky (gambar bawah), pemandu pelancong yang juga popular di kalangan kelab-kelab motosikal Thailand dan Malaysia, pelancong berkenderaan dari Malaysia disarankan untuk membeli pakej insurans tambahan atau Voluntary Motor Insurance bagi memastikan kesemuanya dilindungi.

Mickey

 

Bayangkan sekiranya anda terbabit dalam kemalangan dan anda disabitkan bersalah.

Insurans pihak ketiga anda membayar pampasan akan kenderaan yang anda langgar tetapi kenderaan anda remuk dan tidak boleh dibaiki dan pihak insurans tidak menanggungnya sedangkan anda masih ada hutang selama lima tahun untuk kenderaan anda.

Anda terpaksa membayar baki hutang itu walaupun kenderaan sudah tiada.

Untuk itu, fikirkan pakej insurans yang lengkap agar kita dilindungi. Doa adalah satu usaha yang wajib tetapi insurans atau takaful adalah satu ikhtiar.

Mickey telah memberi senarai-senarai pakej insurans dan jenis insurans yang boleh kita beli dari agen-agen insurans di bawah Perbadanan Pelancongan Thailand (TAT).

thai accident careta

 

Type 1

Ini ialah jenis terbaik di mana kenderaan anda, pemandu, penumpang dan pihak ketiga (jika berlaku perlanggaran) dilindungi dari segi kemusnahan harta benda (Property Damage) dan kecederaan diri (Bodily Injury). 

Ia juga memberi perlindungan dari kebarakan, kecurian dan kemusnahan akibat malapetaka alam semulajadi (Natural Disasters).

Perlindungan lain yang diberikan ialah perlanggaran, kemalangan, kes pecah tingkap dan juga kos tunda kenderaan.

thai 2
Jika memandu atau menunggang di Thailand, berhati-hati kerana perangai pengguna jalanraya di sana lain. Dalam banyak kes, kita mungkin dituduh bersalah kerana kita tidak faham adat di sana.

 

Type 2+

Sama seperti Type 1, tetapi dengan batasan bagi kerosakan kepada kenderaan sendiri. Ia juga tidak akan memberi perlindungan sekiranya pemandu cuai dan merosakan kenderaannya sendiri (terlanggar dinding atau tiang atau tersalah undur masuk gaung).

Type 3+

Memberi perlindungan Pihak Ketiga dan Excess untuk kecederaan diri (Bodily Injury) bagi Pihak Ketiga. Ia juga mempunyai had yang lebih rendah untuk kerosakan kenderaan sendiri semasa kemalangan.

thai drive
Pandu atau tunggang dengan cermat di sana. Tempat orang bukan tempat untuk anda menunjukan kehebatan. Percayalah, kenderaan modifikasi Thailand boleh membuatkan kenderaan custom anda kelihatan seperti sebuah mainan di kedai Nilai 3 sahaja.

 

Type 2

Dikenali sebagai Insurans Pihak Ketiga di kebanyakan negara, ia memberikan perlindungan kepada harta benda milik pihak ketiga (sekiranya anda terlanggar rumah orang contohnya), bayaran Excess untuk kecederaan diri pihak ketiga dan kemusnahan akibat Kebakaran dan kecurian bagi pihak ketiga.

 

Type 3

Memberi perlindungan kepada harta benda Pihak Ketiga dan Excess untuk kecederaan diri Pihak Ketiga. Ini ialah pakej paling minima dan paling ringkas.

 

*Jika anda ingin menghubungi Mickey, hubungi beliau di talian +6692 167 9009 atau email beliau di [email protected]

Selain dari memnganjurkan trip-trip pelancongan untuk penunggang motosikal, Micky juga memberikan perkhidmatan insurans dan juga tunda kenderaan seperti kereta dan motosikal.

Untuk artikel lain berkaitan pemanduan di Thailand, layari artikel-artikel ini:

VAPE DAN KETUM HARAM DI THAILAND - TOURISM AUTHORITY OF THAILAND

WALKIE-TALKIE - PERLU KEBENARAN UNTUK BAWA MASUK THAILAND ATAU NEGARA LAIN

thai seminar
Antara peserta seminar yang dilancongkan oleh Perbadanan Pelancongan Thailand tempohari di Ipoh.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada jam 1 pagi (waktu tempatan), polis menerima panggilan mengenai kenderaan yang memandu secara…
Berita Global
Di mana akibatnya pemilik di negara itu kini perlu membayar hampir dua kali ganda premium insurans…
Berita Global
Ini ialah kerana bengkel-bengkel persendirian mampu menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih…