Institut Automotif Negara dan Clean Air Asia akan bangunkan dasar pengangkutan

oleh DIANA ISMADI|
Institut Automotif Negara (MAI) bersama dengan Clean Air Asia (CAA) hari ini telah menandatangani memorandum perjanjian (MOA) di Malaysia Autoshow 2017, MAEPS, Serdang.

MOA ini merupakan usaha untuk memperhalusi dasar kenderaan untuk mengurangkan pelepasan dan penggunaan tenaga dari sektor pengangkutan jalan di Malaysia. Dalam pada masa yang sama, ia juga merupakan interaksi antara MAI dan CAA untuk membangunkan dasar-dasar kearah pengangkutan jalan yang lebih cekap dan bersih di negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Negara (MAI), Datuk Madani Sahari dan juga Pengarah Eksekutif Clean Air Asia (CAA), Bjanrne Pedersen. 

 

CEO MAI dan CAA

 

Menerusi MOA yang telah dijalinkan bermula 16 Oktober 2017 hingga 30 Julai 2018, terdapat tiga aktiviti utama bakal dijalankan. Ini termasuklah;

  • Pembangunan penanda aras untuk ekonomi bahan api dan analisa trend di Malaysia
  • Penilaian dasar kenderaan yang bersih dan cekap tenaga
  • Penyelarasan dasar kenderaan yang lebih bersih dan cekap tenaga

 

CEO MAI-CAA

 

Clean Air Asia merupakan "non-profit organization" yang bekerjasama dengan UN Environment dalam melaksanakan "Supporting Clean and Efficient Vehicle Policies in Asian Countries".

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dirasmikan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan bagi…
Berita Domestik
"Pakatan strategik ini menandakan pelancaran program Industri 4.0 MIDF-MAI untuk terus membantu…
Berita Domestik
Institut Automotif Malaysia (MAI) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan dan…