Insiden baling batu ke arah kenderaan - Polis minta pemandu berhati-hati

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari PDRM
Polis mengesahkan menerima dua laporan berkaitan insiden membaling batu ke arah kenderaan di Jalan Mempaga, Lurah Bilut dekat Bentong yang tular di laman sosial.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima dua laporan mengenai kejadian berkenaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Pada 4 April (semalam) tular gambar dan rakaman video di laman sesawang Facebook 'Kami Penduduk Bentong (Official)' berkaitan insiden membaling batu ke arah kenderaan di kawasan berkenaan.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, pihak polis sedang memburu suspek yang melakukan perbuatan khianat tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menjelaskan, pihak polis bekerjsama dengan penduduk setempat di Felda Mempaga dan Kampung Rancangan Tanah Pemuda (RTP) Lebu untuk membuat rondaan serta pemantauan bagi mengesan suspek.

"Kita memohon kerjasama daripada semua pihak agar berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

 

- sekiranya ditangkap pelaku tersebut, sila berikan hukuman sebatan, biar dia tahu erti penyesalan seumur hidup!-

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, mereka melakukan perbuatan itu sekadar untuk…
Berita Domestik
  Menurutnya, suspek yang menaiki motosikal, membaling objek keras ke arah cermin kenderaan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, sebelum kejadian satu…