Inisiatif kurangkan kesan karbon kenderaan oleh MAI dan GreenTech Malaysia

oleh DIANA ISMADI|
Baru-baru ini, Institut Automotif Malaysia (MAI) and GreenTech Malaysia (Green Technology Malaysia) melakar sejarah apabila kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan memperkemaskan dan menguatkan usaha serta inisiatif ke arah pengeluaran kesan karbon dari kenderaan yang lebih rendah di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

MAI, agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) yang bertanggungjawab untuk pembangunan industri automotif, akan meningkatkan kerjasama dengan GreenTech Malaysia, organisasi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang ditugaskan untuk meningkatkan inisiatif teknologi hijau di Malaysia.

 

Sejak penubuhannya, MAI memainkan peranan penting sebagai pemandu arah kepada Malaysia untuk menjadi hab serantau untuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), yang termasuk pembuatan dan pembangunan lepas jualan untuk kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman yang cekap (ICE), teknologi hibrid, dan tenaga alternatif seperti bateri atau sel bahan api kenderaan elektrik (EVs dan FCVs).

 

green tech and MAI

 

Di samping itu, Greentech Malaysia yang merupakan organisasi yang memperjuangkan inisiatif teknologi hijau dan kenderaan elektrik di Malaysia kini merupakan pemilik rangkaian pengecasan EV nasional dengan tanda "chargEV".

 

"Walaupun MAI dan Greentech Malaysia mempunyai pengkhususan tersendiri, kami sentiasa mempunyai persamaan dalam matlamat, pengetahuan dan sumber. MoU ini merupakan contoh kerjasama yang mampu mengurangkan pertindihan sumber yang terhad ke arah mencapai penembusan teknologi baruyang lebih besar dalam ekosistem kita", kata Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari.

 

MAI

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…