Inilah Teksi London baharu di bawah pemilikan Geely - Dikuasakan oleh tenaga elektrik!

oleh Muhammad Md Tajudin|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Salah satu ikon kota London selain daripada bangunan dan binaan klasik ialah teksi dan bas dua tingkat. Sejak sekian lama, London Taxi Company (LTC) telah membekalkan London Taxi atau Black Cab di sekitar kota bersejarah itu.

Kini selepas berpuluh tahun, LTC yang merupakan subsidiari penuh Geely telah dijenamakan semula sebagai London EV Company atau LEVC. Dengan pelaburan berjumlah GBP 325 juta (RM 1.8 bilion), LEVC bukan sahaja mahu membekalkan teksi malah merangkumi kenderaan komersil untuk bandar-bandar di serata dunia.

Selain memperkenalkan logo dan nama baharu, LEVC turut memperkenalkan London Taxi versi baharu yang ditunggu-tunggu. 

 

 

Model baharu itu mengguna semula jenama TX yang merupakan siri model London Taxi tetapi dengan nadi kuasa baharu yang dipanggil eCity.

London Taxi yang baharu menggunakan nadi kuasa elektrik dengan bantuan generator petrol kecil. Teknologi eCity yang dipasangkan pada teksi TX baharu membolehkan ia bergerak sejauh 400 batu (643 km) di mana jarak itu termasuk 70 batu (112 km) dengan kuasa elektrik sepenuhnya. 

Memandangkan LEVC berada dalam kumpulan Geely, mereka turut mendapatkan bantuan dari Volvo untuk teknologi yang digunapakai pada teksi TX.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif LEVC, Chris Gubbey berkata "Sebagai pengeluar teksi ikonik London sejak sekian lama, kami mempunyai banyak pengalaman dalam mengetahui apa yang diperlukan oleh operator pengangkutan awam. Dengan gabungan rekabentuk dan kejuruteraan British serta kepakaran teknikal dari Volvo, produk yang dikeluarkan kami ini akan membantu dalam proses transformasi kehidupan di bandar. Pemandu teksi juga dapat mengurangkan kos dengan penjimatan purata GBP 100 seminggu berbanding model TX lama yang dikuasakan oleh enjin diesel."

Walaupun foto-foto London Taxi baharu ini sudah didedahkan, ia masih belum dilancarkan secara rasmi sehingga beberapa bulan lagi.

LEVC masih lagi menguji TX termasuk membawanya ke kawasan panas di padang pasir Arizona dan di kawasan sejuk beku iaitu di Bulatan Arktik.

 

 

Menariknya, selain daripada menukar logo dengan penjenamaan baharu, cara bisnes LEVC juga turut berubah. Syarikat itu mahu meluaskan tawaran produknya di peringkat global dan langkah kanan apabila sebanyak 225 buah TX telah ditempah oleh RMC dari Belanda.

RMC ialah salah satu operator teksi terbesar di Belanda dan syarikat itu turut dilantik sebagai pengimport dan operator teksi TX. 

Penghantaran unit teksi baharu itu akan dibuat pada tahun depan. Secara rasminya, 'London Taxi' baharu ini boleh mula ditempah bermula 1 Ogos 2017.

Ada yang mahu membawanya ke Malaysia atau menjadi operator di peringkat Asean?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selamat untuk dikatakan panjang L380 setara 009 atau lebih panjang. Terdapat laporan yang…
Berita Global
Kini, jenama itu sedia untuk memasuki pasaran China menerusi model minivan yang dinamakan sebagai…
Berita Global
  Transformasi LEVC nampaknya semakin hebat dengan memperkenalkan Space Oriented Architecture (…