Ini Viva Eropah, bukan dari Rawang, Selangor

oleh Muhammad Md Tajudin|
Sebelum pelancaran Perodua Myvi baru-baru ini terdapat ura-ura yang mengatakan kereta hatchback terbaru itu bakal menggunakan nama lain.

Mungkin ada sebab kenapa idea sebegitu muncul dan diperkatakan orang tetapi apa pun cerita di sebaliknya, hatchback tersebut dilancarkan sebagai Myvi cuma yang berubah ialah jenis huruf yang tampil berbeza dari sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika diimbas kembali, Myvi adalah satu-satunya nama yang melekat kepada tiga generasi di antara barisan produk Perodua. Jenama lain seperti Kancil, Rusa, Kelisa, Kenari, Kembara, Nautica dan Viva hanya bertahan setakat satu generasi sahaja.

Walau bagaimanapun, Perodua tetap kekal dalam pasaran kereta kompak. Nama sahaja yang berubah tetapi kesinambungan model popular tetap ada misalnya Kancil - Viva - Axia.

 

 

Bercakap tentang Viva, ini ada satu pengeluar dari Britain yang menggunakan nama tersebut pada model kompak mereka. Vauxhall VIVA namanya atau seperti varian yang ditampilkan ini, VIVA ROCKS.

Berpandukan gambar, VIVA ROCKS nampak rugged dengan badan yang ditinggikan dan kit badan ala model crossover.

Apabila tinggi maka penglihatan lebih baik dan lebih selesa untuk dipandu di atas permukaan yang tidak rata seperti jalan berlubang atau berlopak dan mengharungi banjir kilat.

 

 

Sama seperti Perodua Viva, VIVO ROCKS dari Eropah ini berada dalam segmen A tetapi suatu yang menarik apabila Vauxhall memaklumkan ruang bagasi adalah bersaiz 1,013 liter apabila kerusi direbahkan. Memang luas sangat dan lebih dari cukup untuk dibawa pulang ke kampung.

Vauxhall Viva dikuasakan oleh enjin 1.0 liter tiga silinder dan mempunyai kaitan rapat dengan beberapa nama jenama lain di bawah kumpulan GM iaitu Chevrolet Spark, Holden Spark dan Opel Karl.

Satu perkara lagi yang menarik ialah, generasi pertama Vauxhall Viva mula diperkenalkan pada tahun 1963. Fuh! Panjang sejarahnya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin