Ini treler terpanjang di Eropah, lebih 100 kaki panjang!

oleh Muhammad Md Tajudin|
SEAT and Grupo Sesé debut the duo trailer
Bidang logistik adalah suatu perkara yang besar dan mustahak. Ia adalah rantaian perniagaan yang penting dalam menentukan kos sesuatu barang atau perkhidmatan.

Jika nak jimat inilah perkara yang harus diteliti. Ini juga yang dilakukan IKEA dalam memastikan harga barangannya rendah. Jika mahu barangan dihantar ke rumah, pembeli perlu membayar kos pengangkutan yang dicas berasingan.

Jika penghantaran perlu juga dilakukan misalnya dalam bidang automotif, gunakan ruang semaksimum mungkin.

Oleh itu tidak hairanlah mengapa treler untuk mengangkut barangan atau kenderaan memerlukan saiz yang panjang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
SEAT and Grupo Sesé debut the duo trailer

 

SEAT yang merupakan pengeluar kereta dari Sepanyol meneliti perkara ini dengan mendalam dan bersama Grupo Sesé iaitu pakar dan penyedia logistik telah mengadakan ujian perintis menggunakan dua treler yang bersambung.

Ujian yang dilakukan ini bermula dari Zaragoza ke ibu pejabat SEAT di Martorell, Sepanyol dan akan diulang semula pada bulan-bulan akan datang apabila mengangkut barangan.

Gabungan lori Scania dan dua treler adalah berukuran 104 kaki! Jika satu tingkat rumah bersamaan 12 kaki tinggi, treler ini pula ibarat rumah dengan lapan tingkat!

Setiap satu treler berukuran 44.6 kaki dengan muatan maksimum kedua-dua treler ini sebanyak 70 tan.

Treler ini dikatakan paling panjang dan cekap di Eropah.

Bukan sahaja cekap malah turut menyumbang kepada kebaikan alam sekitar apabila emisi karbon dioksida berkurangan sebanyak 20 peratus setiap kali perjalanan dan pengurangan 25 peratus kos pengangkutan.  

 

SEAT and Grupo Sesé debut the duo trailer


Pengunaan treler ini juga akan mengurangkan jumlah lori di atas jalan raya biasa yang merupakan lokasi paling banyak kemalangan berlaku.

Kerjasama SEAT dan Grupo Sesé sebenarnya telah bermula beberapa tahun dahulu.

Pada 2016, kedua-dua firma ini memperkenalkan trak mega di Sepanyol dengan ukuran melebihi 82 kaki dan sehingga sekarang adalah trak terpanjang dan mapan di Sepanyol.

Agaknya jika berselisih dengan treler ini di lebuh raya, berapakah masa untuk memintasnya sehingga habis?

Jika hendak memasuki simpang pula berapa darjah yang diperlukan agar treler belakang tidak tersangkut dengan pembahagi jalan? Atau jika hendak periksa tekanan angin tayar berapakah masa diperlukan?

Fuh! Asyik betul apabila anda seorang pengkaji dan peminat treler.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

SEAT and Grupo Sesé debut the duo trailer

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Thomas berkata, "model SEAT sedia ada akan terus dihasilkan dalam…
Informasi
  Begitu canggih sehinggakan jurutera boleh ke pelbagai tempat dari puncak gunung Mont Blanc…
Berita Global
  Sekam padi kitar semula itu lebih ringan berbanding kedua-dua bahan tersebut. Jika menjadi,…