Ini T-600 dan Brisa, model terawal Kia yang berjaya dibaik pulih

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kia T-600
Kia T-600
Kia bukan bermula pada tahun 80-an malah berpuluh tahun sebelum itu. Syarikat dari Korea itu bermula pada 1944  sebagai Gyeongseong Precision Industry.

Pada 1952 syarikat bertukar kepada Kia Industries dan hampir empat dekat kemudian atau pada 1990 menggunakan nama Kia Motors.

Pada 2021 syarikat sekali lagi menjalani transformasi dan Kia Motors dipendekkan kepada Kia sebagai lambang visi mobiliti yang lebih luas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia T-600 dan Kia Brisa

 

Satu sejarah menarik ialah Kia adalah syarikat pertama di Korea yang mengeluarkan basikal dengan nama Sumchully pada 1951.

Kia juga syarikat pertama yang mengeluarkan pelbagai jenis pengangkutan seperti basikal roda tiga dan pikap.

Pikap tiga roda T-600 menjadi batu loncatan untuk Kia berkembang sebagai pengeluar kereta. 

T-600 dikeluarkan pada 1969 melalui kerjasama teknikal dengan Mazda. Versi Jepun dikenali sebagai K360 yang menggantikan Mazda-Go sejak tahun 1931.

 

Kia Brisa

 

Dari gambar boleh dilihat badan T-600 yang kecil dan ringan. Pikap itu diguna untuk menghantar briket (bahan penyala) dan beras di lorong kecil dan perkampungan di gunung.

Brisa pula sebuah kereta penumpang yang diperkenal pada 1974. 

Kereta itu diasaskan dari platform Mazda dan menggunakan perkakasan tempatan dan mencapai tahap 90 peratus pada 1976.

Mazda Familia generasi kedua diguna untuk projek itu dan sebelum Brisa, Kia terlebih dahulu mengeluarkan pikap Brisa B-1000.

 

Kia Brisa

 

Brisa menjadi popular susulan penggunaan minyak yang ekonomikal akibat dari krisis minyak pada waktu itu.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai sejarah panjang, Kia akan mempamerkan T-600 dan Brisa yang dibaik pulih di acara Kia360 di Apgujeong, Seoul.

Turut dipamerkan model elektrik baharu EV9 sebagai lambang warisan dan pencapaian Kia.

Kedua-dua model klasik itu asalnya disimpan di pusat penyelidikan dan Kia merujuk kepada gambar dan katalog lama untuk kerja baik pulih.

 

Kia T-600 dan Kia Brisa

 

Jika dibuat perbandingan boleh dilihat persamaan di antara Mazda K360 dan Kia T-600.

Brisa yang hadir kemudian pula sedikit berbeza dan seperti dinyatakan mempunyai kandungan tempatan yang tinggi dan boleh dilihat di mana fokus Kia.

Tidak hanya pasaran domestik, kedua-dua pikap dan sedan Brisa dieksport ke luar negara. Basikal Samchuly juga menjadi produk eksport Korea.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Kia EV9