Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!
Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!
Di pasaran tempatan dan juga banyak lagi negara di dunia, Honda hanya tampil dengan dua produk automotif utama iaitu kereta dan motosikal. Hakikatnya Honda mempunyai pelbagai produk unik seperti alat perkebunan, enjin bot dan kenderaan untuk digunakan di ladang tumbuhan dan ternakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Robot ASIMO yang memakan masa berpuluh tahun untuk dibangunkan pula tiada kena-mengena dengan produk utama Honda tetapi syarikat dari Jepun ini begitu seronok bermain dengan teknologi dan inovasi maka tidak hairanlah ia dikagumi oleh ramai orang di serata dunia.

Di Pameran Kenderaan Tokyo ke-45 (TMS) yang sedang berlangsung sekarang, Honda mempamerkan pelbagai produk keluarannya dari kereta, motosikal hinggalah perkakasan yang comel-comel ini.

Berikut ialah sisi lain produk Honda yang dipamerkan di TMS: 

Honda RoboCas Concept:

 

Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!
Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!

 

Adakah Honda mengambil inspirasi dari pasar malam atau pasar Ramadhan bagi menghasilkan gerai yang comel ini?

Honda RoboCas Concept ialah produk pengangkutan berkuasa elektrik yang mempunyai fungsi seperti simpanan dan siap dengan kanopi boleh laras di atasnya. 

Kami tidak pasti bagaimana untuk mengawalnya, tetapi ia adalah produk dengan idea yang baik. Boleh digunakan untuk berniaga di pasar minggu!

Honda Ie-Mobi Concept (disebut: ee-a mo-bee – “Ie” adalah perkataan Jepun untuk rumah):

 

Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!
Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!

 

Rasa teruja ditambah lagi dengan produk unik dan bijak ini. Honda Ie-Mobi Concept adalah produk mobiliti elektrik yang dapat menghubungkan rumah dan kereta.

Honda Ie-Mobi berfungsi dengan membekalkan elektrik dari kereta ke rumah dan dari rumah ke kereta. Jika itu membuatkan anda terpinga-pinga, Ie-Mobi ini juga boleh digunakan sebagai bilik kecil dengan saiz kira-kira 4.95m2.

Tidak terjangkau dek fikiran normal dan ini yang membuatkan sesetengah orang jatuh cinta dengan teknologi Jepun.

Honda Fure-Mobi Concept (disebut: foo-ray mo-bee – “Fure” berasal dari perkataan Jepun “Fureai” yang bermaksud interaksi atau sentuhan):

 

Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!
Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!

 

Masyarakat mungkin sudah terbiasa dengan kerusi roda elektrik. Honda membawanya ke tahap lebih tinggi.

Model ini mempunyai saiz bersamaan dengan kerusi roda elektrik satu orang, tetapi ia boleh dinaiki dua orang! 

Kenapa dua orang, sebab ia dibangunkan di bawah tema interaksi sesama manusia.  

Honda membangunkan model ini supaya dua orang boleh bergerak dan menikmati masa secara bersama. Jadi tidaklah bosan bila anda  boleh mengajak ahli keluarga atau kenalan untuk menaiki kerusi roda ini dan meluangkan masa bersama. 

Honda Chair-Mobi Concept:

 

Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!
Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!

 

Malas hendak ke hulu dan hilir dalam rumah atau berkunjung ke pusat membeli-belah yang besar. Honda sudah memikirkan jawapannya.

Honda Chair-Mobi Concept adalah sebuah kerusi yang boleh digunakan secara santai di dalam atau luar bangunan.

Ia bersaiz kompak dan mampu untuk berpusing dalam radius kecil dan membolehkannya masuk ke dalam ruang sempit.

Menariknya tempat duduk dengan ketinggian boleh dilaras ini mempunyai fungsi untuk kekal pada kedudukannya walaupun semasa dipandu secara menaik atau menurun.

Honda membangunkan model ini sebagai peranti mudah alih yang mampu bergerak fleksibel ibarat pejalan kaki supaya ia boleh digunakan dalam pelbagai keadaan.

Senang kata, kalau mempunyai kesukaran atau malas untuk berjalan, ini lah kerusinya.

Honda Ai-Miimo Concept:

 

Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!
Ini sisi lain Honda yang unik dan comel, gerai kecil dan kerusi bergerak!

 

Ini satu lagi peranti yang sukar untuk difahami. Adakah ia robot kecil bagi menggantikan manusia? Honda Ai-Miimo dibangunkan dari mesin pemotong rumput robotik Honda Miimo yang mampu menjalankan tugasnya secara automatik.

Mesin rumput itu dipasang dengan AI (kecerdasan buatan) yang membolehkannya berkomunikasi dengan pengguna dan membantu dalam kehidupan seharian.

Honda membangunkan model ini dengan harapan untuk mewujudkan sebuah interaksi yang lebih dari sekadar produk tetapi membawa senyuman dan momen menyenangkan dalam kehidupan sama seperti ahli keluarga atau haiwan peliharaan.

Adakah ini mimpi? Robot berinteraksi dan menemani manusia? Mungkin bukan sekarang tetapi itulah apa yang difikirkan Honda dan mereka sedang mendalaminya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…